Thursday, July 2, 2009

FORUM BERSAMA BINTANG KPU

Dua pemimpin KPU akan hadir membicarakan pengalaman dan perjuangan mereka dalam memperjuangkan produk halal HPA. Mereka ialah PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali dan PJS Syed Ageel Syed Mahayadin. Forum bertajuk "MEMBONGKAR RAHSIA KEJAYAAN USAHAWAN HPA" ini akan diadakan pada 06 JULAI 2009, jam 9.00 malam di HPA Cawangan Kota Sarang Semut dan dipengerusikan oleh PJS Muzaffar Aliyasak.


Forum ini terbuka kepada semua ahli dan pengedar HPA. Mereka yang berminat untuk mengetahui liku-liku perjuangan dan cabaran yang dihadapi oleh dua orang tokoh ini dijemput hadir. Penyertaan adalah percuma.


Semangat kental, kegigihan, ketahanan minda dan cabaran yang diharungi dan dialami oleh kedua-dua tokoh ini sepanjang perjuangan mereka bakal diungkap dan dikongsi bersama dalam program tersebut.

Hadirlah beramai-ramai bersama rangkaian anda.


Ends...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU