Wednesday, July 1, 2009

NOSTALGIA PBC TS SCIENTEX HOTEL PASIR GUDANG

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang diadakan pada 27 dan 28 JUN 2009 yang lalu meninggalkan pelbagai kenangan yang terpahat di hati sanubari setiap peserta dan pemimpin.

Dengan kehadiran seramai 68 peserta, Program Perkongsian Bijak Cemerlang di TS Hotel Scientex Pasir Gudang telah selamat diadakan dengan jayanya. Dengan menerima maklum balas yang rata-rata berpuas hati dengan kelancaran pengurusan dan pengisian program adalah tidak menjadi sesuatu yang mengejutkan bila satu hari nati HPA membuka kegemilangan baru dalam meneroka satu perjuangan tanpa sempadan di selatan.

Terdiri dari barisan pembentang yang berwibawa dan berkarisma . Dinukilkan semula beberapa komen yang diterima dari bekas para peserta.


" suka sangat dengan orang rumah Syed Ageel (rujuk kepada PJS Suhaiza Rusli) dia mengajar tertib. Senang faham. Suka cara dia mengajar " - Kak Ramah Md Tab



" Ustaz Zahir orang yang banyak ilmu..rugi kalau orang tak ambil peluang. Selepas dengar apa yang disampaikan oleh beliau saya rasa nampak semua depan mata apa yang saya nak kena buat " - Zul



" Gelihati tengok Ustaz Safuan sampaikan radik satu pilihan. Lain dari yang lain tapi best! " - Selamah Wagiman.



" En Khalid ( rujuk kepada PJE Khalid Salim yang menyampaikan modul Pengenalan Syarikat) memang pandai cakap sebab tu dia boleh tarik orang sampai 40-50 orang datang PBC " - Yus



Walau bagaimana pun PJS Syed Ageel tetap menjadi nadi pengerak utama yang sentiasa dinanti-nantikan kerana hampir semua komen menyatakan " Syed Ageel paling best! buat orang tak mengantuk!"...

" Mak cik paling suka Qiamulail dengan kuliah subuh. Ustaz yang bawak tu pandai yek..? Kursus ni tak sama macam kursus lain " - Mak cik Nor

Qiamulail telah dipimpin oleh Ustaz Noor Effendi dan Kuliah subuh serta bacaan Al-mathurat oleh PJ Ustaz Fauzi Md Yatim.

Tahniah kepada semua warga CRC yang terlibat. Pengarah Program PJ Rahmah Rahmat dan urusetia dan Setinggi ucapan terima kasih kepada para pembentang modul yang berjaya menyentuh naluri hati para peserta. Semoga impak yang mendatang nanti adalah kelahiran para usahawan HPA yang berani maju dan berjuang dengan penuh istiqomah dalam menentukan kebangkitan dan pengukuhan ekonomi umat islam melalui HPA sebagai satu wadah.


Ends.....sumber http://crcradix.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU