Monday, July 13, 2009

DATUK 'K' DAN SITI NURHALIZA LAWAT GERAI HPA

Jika dua bulan yang lepas Datuk 'K' dan isterinya penyanyi sensasi Datuk Siti Nurhaliza melawat dan menziarahi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, pada kali ini kedua-dua tokoh itu berpeluang pula melawat Gerai Jualan HPA yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekula Jaya, Tikam Batu, Sungai Petani Kedah.

Kelihatan Datuk 'K' sekeluarga melawat Gerai HPA


Kehadiran kedua-dua tokoh ini adalah atas jemputan pihak sekolah sempena Hari Anugerah Cemerlang dan Kokurikulum sekolah tersebut pada 12 Julai 2009 yang lalu. Pusat Jualan HPA Padang Temusu milik PJS Mohd Nadzri Ahmad dan PJS Puan Noormah Zainol telah mengadakan gerai jualan tersebut. Mereka dibantu oleh PJ Ku Azhar, PJ Razali Safar (suami kepada PJS Asnah Mustafa), PJ Wan Haselina, PJ Adlina, PJ Roslina dan beberapa orang lagi pemimpin HPA sekitar pekan Tikam Batu.


Gerai Jualan HPA mendapat perhatian dan sambutan yang amat menggalakkan dari para pengunjung. Datuk 'K' dan isteri juga tidak ketinggalan mengunjungi gerai HPA dan mereka berdua buat kali pertamanya menikmati minuman RADIX KOKO HPA.

Jurufoto radix2u.com
PJ Hanis Huqaimi Mohd Nadzri
tel : 04 4318584
hanis_q[at]yahoo.com


Ends....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU