Sunday, July 12, 2009

PBC TABUNG HAJI BAYAN LEPAS LONJAKKAN KEGEMILANGAN HPA

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di Tabung Haji Bayan Lepas Pulau Pinang di lihat mampu melonjakkan kembali kegemilangan HPA di Pulau Mutiara itu. PBC yang berlangsung pada 11 dan 12 JULAI 2009 telah dihadiri seramai 40 peserta yang datang sekitar Bayan Baru dan Balik Pulau.

Pasangan suami isteri yang sangat komited dengan PBC, PJS Syed Ageel dan PJS Suhaiza Rusli


"PBC yang diadakan di Kompleks Tabung Haji ini telah membuka mata masyarakat dan mereka amat merasai kehadiran HPA di sini", demikian tegas Pengarah PBC, PJS Abdul Jalil Zainol. Menurutnya lagi, kebanyakan masyarakat Melayu di daerah ini makin bersemangat dengan kehadiran dan kebangkitan semula HPA. Suatu ketika dahulu, HPA pernah gah di daerah ini. Namun dalam beberapa waktu HPA tenggelam dan makin dilupakan. Suasana dan budaya kerja berpasukan yang diterapkan oleh pemimpin baru di sini, terutama PJS Abdul Jalil, PJS Ustaz Sobri Ahmad dan PJS Sohimi (Mi Besi) telah mengembalikan semangat juang yang telah lama luntur, kaku dan beku.

PJS Muzaffar dan PJS Ustaz Sabri Ahmad


Dengan barisan pemimpin baru yang lahir di daerah ini, HPA makin diyakini dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Oleh yang demikian, sudah sampai masanya para pemimpin HPA di sini menjadikan Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas sebagai Pusat Kecemerlangan Perniagaan HPA.



Barisan pemimpin HPA yang mewarnai PBC Tabung Haji Bayan Lepas


Hadir menyampaikan slot dalam PBC tersebut ialah PJM Syed Ageel, PJS Suhaiza Rusli, PJS Sabri Ahmad, PJS Muzaffar Aliyasak, PJS Sohimi, PJS Ismail Othman, PJS Azizan Ahmad dan PJ Ustaz Khalid. Selain itu PBC pada kali ini dibantu oleh beberapa fasilitator terlatih. Antaranya PJ Marhainis Hanim, PJ Zaliza Ismail, PL Mahiran Md Lazim, PJ Fathi Salamah Sabri, PL Fauzhiyah yaacob, PJ Abd razak Sabri, PJ Mohd Suhaimi Abd Rahman, PJ Mohd Khairul Nizam dan PJX Masnawi Chek Ani.

Ends....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU