Monday, July 6, 2009

PBC KEPALA BATAS JULANG KEGEMILANGAN HPA PULAU PINANG

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang diadakan pada 04 dan 05 JULAI 2009 di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Seberang Perai Utara telah menjulang nama baik HPA di Pulau Pinang. PBC kali ini mempunyai keistimewaan dan mencipta sejarahnya yang tersendiri.

PJM Syed Ageel dan PJE Zanbli, tonggak utama yang menjulang semula kebangkitan HPA Pulau Pinang


Peserta PBC bergambar kenangan bersama pemimpin HPA



Barisan fasilitator terlatih KPU yang memainkan peranan menjayakan PBC


Kehadiran peserta seramai 180 orang membuktikan bahawa HPA di Pulau Pinang sedang mengorak langkah ke arah kecemerlangan sebagaimana yang berlaku di Sungai Petani dan Lembah Kelang.

Peserta kyusuk mendengat taklimat daripada Pengarah PBC, PJM Syed Ageel


Suasana kemeriahan PBC Kepala Batas

Persembahan LDK bertajuk "Set Bersalin HPA"


Paling menarik dalam PBC pada kali ini ialah kehadiran peserta dari seluruh negara. Ia membabitkan rangkuman menyeluruh komitmen semua Pengarah Jati Setia (PJS) dan pemimpin utama dari Kelab Pemimpin Utara (KPU). Selain dari Pulau Pinang dan Kedah, peserta-peserta juga datang dari Johor, Selangor, Perak, Terengganu, Kuala Lumpur dan Pantai Timur Semenanjung. Hadir sama sebagai peserta ialah 10 pelajar tahfiz dari Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor.


Fasilitator dan pemimpin KPU


Selain itu, semua penceramah yang menyampaikan slot terdiri daripada pemimpin-pemimpin HPA yang telah berjaya di dalam dunia perniagaan MLM (S) HPA. Antaranya PJM Ustaz Mohd Zahir Ghazali, PJM Mohd Nadzri Ahmad, PJM Ismail Othman, PJM Noreda Hamid, PJM Syed Salahuddin Syed Mahayadin, PJM Sharifah Sulaiman dan PJM Azizan Ahmad (Presiden KPU).

PBC kali ini juga dibantu oleh fasilitator terlatih dan berpengalaman. Antaranya ialah PJS Muzlina, PJS Suhaiza, PJS Rohani, PJ Rahmah (CRC Pasir Gudang), PJ Wafa (Ipoh), PJ Johari, PJ Othman, PJ Cikgu Shikh, PJ Cikgu Ariff, PR Borhan, PL Azman, Salleh Azmi, Roshhidee, Redzednan Wahab, Fadlina, Norwaheeda dan Balkhis.

Penceramah berwibawa yang mengisi slot PBC Kepala Batas


Apapun, kejayaan PBC Kepala batas pada kali ini terletak di tangan dua orang pengarahnya, iatu PJM Syed Ageel dan PJS Zanbli. Mereka merupakan penggerak dan pendokong serta pendorong utama ke arah kejayaan PBC yang dianjurkan. Gandingan mantap serta semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh kedua-dua tokoh muda ini menjadikan PBC Kepala Batas antara yang terhebat di Zon Utara.

PERINGATAN :

PBC KEPALA BATAS AKAN DATANG PADA 15 DAN 16 OGOS DI HOTEL SERI MALAYSIA KEPALA BATAS...PENCERAMAH DAN FASILITATOR ADALAH DARI KALANGAN PEMIMPIN YANG SAMA....TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI HPA SELURUH NEGARA...MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN LANJUT, SILA HUBUNGI : PJM SYED AGEEL (013-4882778) DAN PJS ZANBLI (019-4104013)....



Ends.......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU