Wednesday, July 15, 2009

PJ RAHMAH RAHMAT : PEJUANG GIGIH HPA DI SELATAN TANAH AIR

MEMBAWA MISI HPA KE PENGKALAN TLDM TANJUNG PENGELIH

Pada tanggal 14 Julai 2009 pengarah Committee Radix Centre, PJ Rahmah Rahmat telah dijemput untuk membuat penerangan khas mengenai HPA di Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia TLDM Tanjung Pengelih Kota Tinggi. Terletak di penghujung tanjung melepasi Desaru perjalanan membawa Misi HPA berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.



Berlangsung di Rumah Bakat dengan kehadiran 63 anggotanya majlis berlangsung dengan cukup santai dan ceria. Kesudian Pengerusi Bakat Puan Faridah Hanim untuk hadir memberi sokongan merupakan pembuka ruang untuk pendekatan HPA menembusi Pengkalan TLDM ini yang banyak menyimpan Visi di kalangan anggotanya untuk dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti berfaedah.

Menyampaikan ilmu melalui demo merupakan cara yang amat menarik minat setiap angota Bakat yang sentiasa positif dengan setiap penerangan HPA yang disampaikan.

PJ Rahmah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada Puan Faridah Hanim dengan diperhatikan BK TMM Nasrul sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan sambutan baik yang diberikan dengan harapan HPA akan berkembang dan melebarkan layarnya di Pengkalan sebagai satu perjuangan tanpa sempadan.

Ends.......sumber http://crcradix.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU