Friday, August 29, 2008

HPA BUKA KEDAI DOBI

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) telah berjaya mengorak langkah ke hadapan dalam perjuangannya dengan mewujudkan satu lagi bentuk perniagaan iaitu kedai dobi. Majlis Perasmian Toharoh Dobi telah diadakan pada 27 Syaaban 1429, 29/8/08 (Jumaat) di Amanjaya Cempaka, Sungai Petani, Kedah.
Bangunan Kedai Toharoh Dobi tersergam indah

Perasmian yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad dilakukan serentak dengan majlis pelancaran 2 produk kegunaan harian iaitu Cecair Pencuci Freesia dan Pelembut Fabrik Mawar. Cecair Pencuci Freesia merupakan pencuci pakaian dalam bentuk cecair - alternatif terbaik untuk mereka yang elergi dengan sabun serbuk terutamanya yang ada gangguan penafasan.

Pengarah Urusan bersama tetamu jemputan

Pelembut Fabrik Mawar satu-satunya produk wangian dan pelembut kain yang dikeluarkan oleh HPA berfungsi seperti pelembut kain softlan. Kedai Toharoh Dobi juga merupakan outlet HPA dalam memasarkan semua jenis detergen yang dipasarkan melalui sistem MLM. Ahli-ahli HPA boleh mendapatkan produk tersebut di sini dan juga di cawangan-cawangan HPA di seluruh negara.

Pengurus Kedai Toharoh Dobi sedang memberikan taklimat

Kejayaan HPA mewujudkan kedai dobi ini telah memberi peluang kepada masyarakat umumnya dan semua pengedar HPA khususnya untuk mendapatkan khidmat mencuci pakaian yang menggunakan bahan pencuci yang halal lagi baik. Sokongan dan dokongan padu daripada seluruh ahli HPA amat diperlukan bagi memastikan perniagaan ini terus maju dan berjaya sekaligus menguasai pasaran yang ada di negara ini.

Sebahagian PJS KPU yang hadir memeriahkan majlis

Ends...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU