Friday, August 1, 2008

Pelancaran Generasi Ke-5 (Gen-5) KPU


KELAB PEMIMPIN UTARA (KPU) PEMANGKIN KECEMERLANGAN HPA

Kelab Pemimpin Utara (KPU) sudah tidak asing lagi dalam memperjuangkan perniagaan MLM(S) HPA terutama di kawasan utara. Kehadiran kelab ini cukup dirasai. Ia sedikit sebanyak menjadi pemangkin kepada HPA ke arah merealisasikan jualan RM20 juta sebulan. KPU telah melahirkan ramai pemimpin dan tokoh-tokoh HPA yang berwibawa dan cemerlang. Antaranya PJS Azizan Ahmad, PJS Sharifah Sulaiman, PJS Mohd Zahir Ghazali, PJS Zaharah Md Zain, PJS Ismail Othman, PJS Mohd Nadzri Ahmad yang semuanya tersenarai dalam Top 10 HPA 2007. Jutawan-jutawan muda yang memperoleh pendapatan 5 angka juga ramai dalam KPU.



Semua ini adalah hasil kerjasama dan pengorbanan serta semangat juang yang tinggi bersama HPA terutama dalam melaksanakan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). Sehingga kini, KPU telahpun mempunyai seramai 45 orang Pengarah Jati Setia (PJS).

Bertempat di Hotel Swiss Inn malam tadi, telah diadakan Pelancaran Generasi ke-5 (Gen-5) KPU. Ia dirasmikan oleh Pengurus Besar Al-Wahida Marketing (AWM), Fisol Rahman. Seramai 250 peserta Gen-5 KPU hadir. Selain itu hampir semua PJS juga turut hadir bagi memberi sokongan dan semangat kepada Gen-5. Program seperti ini merupakan medan latihan untuk membekal dan mengenengahkan kepimpinan baru dalam KPU. Ia adalah kesinambungan daripada program kepimpinan yang telah diadakan bermula dengan Gen-1, Gen-2, Gen-3 dan Gen-4.


Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membantu KPU dalam melaksanakan program dan aktiviti sekitar utara dengan sasaran jualan KPU sahaja RM20 juta sebulan. Selain itu, KPU juga meletakkan sasaran untuk mengadakan 30 PBC dalam sebulan dengan melahirkan 300 fasilitator terlatih yang semuanya berpangkat Pengarah Jati (PJ). Oleh yang demikian dalam merealisasikan hasrat ini gerak kerja terancang dan tersusun dalam sebuah organisasi yang sistematik akan diberi keutamaan.



Dalam ucapannya, Pengurus Besar AWM menggesa agar semua pemimpin KPU dapat menjadikan halangan yang berlaku dalam krisis kenaikan harga minyak dan barangan ini sebagai peluang untuk memperjuangkan HPA dengan memperkenalkannya kepada seluruh umat Islam. Menurutnya lagi, HPA akan mempelbagaikan produk keluarannya termasuk barangan keperluan asas di rumah seperti rempah kari, tepung dan lain-lain.



Belia berharap semua peserta Gen-5 dapat melebarkan jaringan dengan lebih luas lagi dan menjadikan HPA sebagai medan perjuangan dalam mengukuhkan ekonomi umat Islam. Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan segelintir umat Islam yang ada status ‘ustaz’ kerana sanggup bergelumang dengan Skim Cepat Kaya. Kononnya dengan hanya membuat pelaburan beberapa ratus sahaja, akan mendapat keuntungan berlipat ganda atas dagangan yang belum pasti. Akhirnya golongan ini terperangkap dengan dunia perniagaan yang jelas penuh dengan kejahilan dan penipuan. Malangnya ramai umat Islam yang terperangkap. Entah bila episod ini akan berakhir.


Ends.....


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU