Wednesday, December 17, 2008

PUSAT JUALAN JITRA MULA BEROPERASI

Pusat Jualan Jitra (PJJ) mula beroperasi sepenuhnya mulai 15 Disember yang lalu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus Besar HPA, Faisol Abd Rahman. PJJ ini terletak di No 613, Taman Tengku Maheran, Fasa 1, Jitra Kedah.



Bangunan Pusat Jualan Jitra tersergam indah

Pasangan suami isteri yang gigih


Suasana di kaunter PJJ



Pusat Jualan milik PJS Ustazah Siham dan PJS Mohd Zamri Abu Bakar yang bermodalkan mudal pusingan RM200 ribu berupaya menampung keperluan barangan HPA di Bandar Jitra dan kawasan sekitarnya.

Sahabat handai yang memberi sokongan





Sebahagian tetamu yang hadir

Pertambahan keahlian yang semakin mendadak, memberi ruang dan peluang kepada Pusat Jualan ini mengorak langkah dengan lebih jauh lagi.





Hadir sama dalam majlis itu ialah beberapa pemimpin HPA dari Kelab Pemimpin Utara (KPU). Antaranya PJS Sharifah Sulaiman, PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Normah Zainol, PJS Azizan Ahmad, PJS Zaharah Mat Zain, PJS Jamaliah Omar, PJS Mohd Zaidi Abu Hassan dan beberapa pemimpin setempat.

Seramai hampir 300 tetamu hadir memeriahkan majlis pembukaan tersebut. Tetamu dihidangkan dengan jamuan makan tengah hari. Jamuan bermula dari jam 12 tengah hari hingga 10 malam.



Ends.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU