Friday, December 19, 2008

KURSUS PERAWATAN KPU

Kelab Pemimpin Utara (KPU) akan menganjurkan Kursus Perawatan pada 28 Disember 2008 di Dewan Pusat Pengajian Al-Quran dan taranum Nursyiffak, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Menurut Pengarah Kursus, PJS Ustaz Sabri Ahmad, kursus yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang itu merangkumi perkara-perkara berikut :

1. Wirid al Mathurat
2. Asas Perubatan Jawi - at Thibbun Nabawi
3. Senaman Pernafasan.
4. Diagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak tangan.
5. Refleksologi.
6. Limfatik.

Kursus sehari ini akan dikendalikan sendiri oleh PJS Ustaz Sabri Ahmad, dibantu oleh Ustaz Nizam dan Herbalis Cik Fathi Salamah dari Pusat Perubatan Jawi Nurussyifak (htpp://ppjn.radix2u.com).

Yuran dikenakan sebanyak RM70 termasuk makan minum, bahan-bahan kursus dan kemudahan-kemudahan lain. Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar dengan Pengarah Jati (PJ) Aasim di talian 019-5508678.

Ends......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU