Saturday, December 20, 2008

PBC TAIPING CUNGKIL KEPIMPINAN BARU

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Taiping pada 20 dan 21 Disember 2008 berjaya mencungkil bakat dan kepimpinan baru HPA.




Peserta PBC sedang mendengar ceramah yang disampaikan



Ini kerana hampir keseluruhan PBC kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin dari daerah Taiping. Menurut Pengarah PBC, Ustaz Mohd Yusfee, kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan pemimpin-pemimpin Taiping telah berjaya menghadirkan hampir 60 peserta ke PBC pada kali ini.



Semangat tinggi peserta muslimat


Antara pemimpin-pemimpin baru yang berjaya dilahirkan ialah PJE Haridah Khanun, PJ Hindun, PJ Nabishah, PJ Ustaz Fendy, PJ Ustaz Irwan dan PJ Sazali.




Pada PBC kali ini beberapa pemimpin KPU telah hadir menyampaikan slot. Antaranya PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Sharifah Sulaiman, PJS Noormah Zainol, PJS Mohd Zamri Abu Bakar, PJS Ustzah Siham, PJS Meor Juhaidi, PJ Harryzan, PJ Ustazah Saliza, PJ Zalilah Ghazali dan PJ Nor Aziah Alias.


Ends......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU