Friday, December 26, 2008

120 DELEGASI KPU KE SUMATERA BARAT

Kelab Pemimpin Utara (KPU) akan mengadakan lawatan ke Padang dan Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada 27 - 31 Disember 2008. Seramai 120 peserta terlibat termasuk 45 Pengarah Jati Setia (PJS) KPU.

Menurut Pengarah Program, PJS Mohd Zahir Ghazali, rombongan ini adalah insentif daripada KPU kepada semua fasilitator dan pemimpin KPU yang terlibat aktif dalam PBC dan kelas Mingguan. Ia sebagai galakan kepada semua ahli agar sentiasa memberi komitmen dan sumbangan kepada perjuangan HPA.

Semua peserta dibiayai sepenuhnya oleh KPU, termasuk tambang kapal terbang, makan minum, penginapan serta lawatan ke tempat-tempat menarik di Padang dan Bukit Tinggi.

Semoga rombongan yang akan berangkat esok dapat menggunakan masa dan waktu sepenuhnya untuk melihat keindahan dan menghayati alam semesta kurniaan Ilahi.

Ends...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU