Friday, January 22, 2010

BENGKEL ASAS APLIKASI INTERNET


Di zaman berteknologi ini, setiap individu seumpama disyaratkan untuk memiliki kemahiran untuk membuat capaian kepada aplikasi-aplikasi internet jika tidak mahu ketinggalan. Maka, sebagai pemimpin KPU, anda juga perlu turut bergerak seiringan dengan kemajuan yang ada sebagai menyahut cabaran persaingan perniagaan abad baru.


Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Pemimpin Utara (KPU) akan mengadakan Bengkel Asas Aplikasi Internet pada 21 Februari 2010 - Ahad (tarikh asal : 15 Februari), bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang di HPA Cawangan Amanjaya, Sungai Petani, Kedah. Antara modul yang akan disampaikan dan dipraktik adalah aplikasi e-mail, personal web folder dan online file sharing. Kami mencadangkan setiap Komuniti menghantar wakil masing-masing bagi membolehkan beberapa hal teknikal dapat diselaraskan.



Kursus ini dibuka kepada 20 peserta sahaja. Keutamaan diberikan kepada Pemimpin Gen 1-7 yang belum memiliki kemahiran asas aplikasi internet dan juga mendaftar awal. Setiap peserta diwajibkan membawa komputer riba ketika mengikuti bengkel. Yuran sebanyak RM20 dikenakan untuk pengurusan (persiapan minum pagi, makan tengah hari dll.) 
Sila buat pendaftaran melalui Forum eKPU ini.
Jika berhadapan sebarang masalah, sila berhubung terus PJS Ismail Othman | 019-4752205 | hjismail@gmail.com atau PJ Azham Affif Ishak | 019-4807721 | azham@radix2u.com.
Gempur Radix! Barakallah.


1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU