Saturday, January 2, 2010

GM HPA LANCAR GEN-7 KPU

Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, Encik Mohd Faisol Abd Rahman telah merasmikan pelancaran Generasi 7 (GEN-7) KPU di Hotel Sungai Petani Inn pada 01 JAN 2010, jam 8.30 malam.


Seramai 500 GEN-7 telah dinobatkan. Mereka merupakan penggempur HPA i Zon Utara. Dalam ucapannya GM mengingatkan semua yang hadir akan jangan jadikan isu dan perkara remeh temeh sebagai kekangan dan halangan dalam meneruskan perjuangan HPA. Pengedar perlu ikhlas dan tahu arah tuju serta matlamat HPA. Mereka perlu belajar dan mencontohi pejuang-pejuang lama HPA yang bangkit dengan penuh kepayahan dan kedaifan bagi memastikan HPA menjadi kuat dan tersohor bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh nusantara.


Hadir sama ialah PJS Haji Azizan Ahmad dan 58 PJS dari Kelab Pemimpin Utara (KPU). Semua peserta GEN-7 diberikan sijil pengiktirafan dan diwajibkan mengikuti Kursus Kepimpinan yang akan diadakan pada 23 JANUARI 2010 di Hotel Sungai Petani Inn. Program Kepimpinan tersebut bakal disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU