Wednesday, January 6, 2010

Gen-7 KPU Gempur 1431H/2010

Momentum 2009 terus menerus dirangsang melalui Pelancaran Generasi ke-7 Kelab Pemimpin Utara (KPU) pada tanggal 1 Januari 2010 / 15 Muharram 1431H di SP Inn, Sungai Petani.

Anthusias yang ditunjukkan peserta berjumlah lebih 300 orang yang terdiri daripada barisan kepimpinan sedia ada dan Gen-7 menggambarkan kesiapsiagaan KPU menggegarkan arena MLM tanahair pada tahun 2010 ini. Dengan Slogannya GEMPUR RADIX! INSYALLAH, pastinya tiada yang mustahil selagi mana kekuatan yang dibina berteraskan acuan Islam ini disokong serta didokongi oleh setiap ahli KPU.

Sasaran syarikat untuk meningkatkan jualan bulanannya ke RM20 juta bukanlah satu angan-angan kosong apabila lembaran tahun 2010 dibuka dengan komitmen yang ditunjukkan para pengedarnya khususnya di 'kubu kuat' HPA di utara semenanjung, Barakallah. KPU berdoa agar KPA (tengah), KPT (timur) dan Kelab Pemimpin yang lain turut berjaya dengan strategi mereka bagi melebar serta mengukuhkan empayar bisnes MLM Syariah HPA sekaligus bertindak sebagai supportive group yang lebih efektif.

Tiadanya kesatuan di bawah Kelab Pemimpin meletakkan ahli-ahli HPA yang ingin aktif dalam keadaan yang terumbang-ambing dek kerana alunan ombak dunia perniagaan di luar sana, terutama di  bidang Multi Level Marketing.

Maka, berjuanglah seiringan dengan Kelab Pemimpin yang ada sebagaimana maksud hadis Nabi SAW : "Pertolongan Allah itu ada bersama jemaah (amal yang dilakukan secara bersama)."

Wallahu ta'ala a' lam.

Gambar adalah karya asal Hanis Huqaimi - Jurufoto al Qadhi Studio. Untuk melihat gambar-gambar yang lain, sila ke Forum eKPU dan mendaftar di sana.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU