Monday, January 18, 2010

KOWAHIDA TERIMA GERAN RM30 RIBU


En Mohd Rosli bin Abu Bakar, Bendahari KOWAHIDA menerima geran RM 30,000.00 dari YB Menteri Dato' Ismail Sabri bin Yaakob

17hb Januari 2010: 3.30 petang
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perlis telah menganjurkan Perasmian Projek Ternakan Lembu Fidlot Secara Kelompok Koperasi Negeri Perlis di Kg Sena Dalam, Batu 20, Jalan Padang Besar (U), Padang Besar Perlis. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Turut hadir bersama YB Tuan Haji Sabri bin Ahmad Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Koperasi dan Industri Asas Tani Negeri Perlis dan YB Dato' Mangsor bin Saad, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Projek Ternakan Lembu Fidlot adalah projek pertama gabungan koperasi di Negeri Perlis dan pihak SKM juga Kerajaan Negeri berharap agar projek ini akan terus berjalan dengan jayanya. Majlis juga dimaklumkan mengenai projek gabungan kedua di Negeri Perlis iaitu Projek Ternakan Ayam Organik bersama HPA. Projek ini terdiri daripada 10 buah koperasi di Negeri Perlis termasuk Koperasi Wahida HPA Berhad dan telah melantik HPA Industries Sdn. Bhd. sebagai Konsultan. Majlis turut menyerahkan geran sebanyak RM 30,000.00 kepada sepuluh buah koperasi tersebut bagi menjayakan Projek Ternakan Ayam Organik bersama HPA tadi.

Ends.........

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU