Wednesday, December 23, 2009

PEMIMPIN KPU BERSAMA USTAZ AMALUDDIN

Pada 13 Disember 2009 ( Jumaat ) malam, seramai 3 orang pemimpin dari KPU Taiping iaitu PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd. Shahril Tahir dan PJ Mohd.. Yusfee Yusof telah memulakan perjalanan ke Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor untuk menggempur Stokis Saujana Utama iaitu rangkaian PJ Mohd. Irwan Azahari.

Pada 14 Disember 2009 ( Sabtu ), satu program telah diadakan di Stokis HPA Saujana Utama yang dimiliki oleh En. Rahim Bin Sujak. Semasa program tersebut sedang berjalan, dengan tidak disangka - sangka, seorang penyanyi nasyid terkenal yang juga kawan baik kepada Allahyarham Ustaz Asri, telah hadir pada program tersebut. Beliau adalah Ustaz Amaluddin Bin Mohd. Napiah. Beliau adalah seorang artis nasyid solo, penulis lirik dan komposer, penerbit album, pengarang, penulis dan juga penceramah motivasi rohaniah. Beliau juga adalah Pengarah Urusan Jom Amal Ent., Ahli Lembaga Pengarah Muazzin Production Sdn.. Bhd. dan Pengerusi KAFA Raudhatul Amal.

Beliau telah datang bersama - sama dengan ahli keluarga beliau untuk mendapatkan rawatan saraf tapak tangan daripada PJ Mohd. Shahril. Kami amat berbangga dapat bertemu dengan Ustaz Amaluddin yang menjadi idola dalam industri nasyid tanahair.

STOKIS HPA SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH, SELANGOR

PJ USTAZ IRWAN SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAH

PJ SHAHRIL SEDANG MERAWAT USTAZ AMAL

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA USTAZ AMAL DAN KELUARGA

PJ SHAHRIL DAN PJ IRWAN PEMINAT USTAZ AMAL

BERSAMA STOKIS SAUJANA UTAMA, EN. RAHIM SUJAK DAN ISTERI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU