Wednesday, December 16, 2009

KAK PAH DAN DR ISHAK SULIAMAN DI PASIR GUDANG

PROGRAM PEMANTAPAN ILMU : Satu Perkongsian Bijaksana.

Program pemantapan di Hotel Selesa Pasir Gudang selesai dengan jayanya. Kehadiran dua tokoh besar PJM Puan Syarifah Sulaiman dan Prof Madya Dr Ishak Sulaiman bertepatan dengan waktu dan ketika saat HPA mula melebarkan sayap perjuangan di selatan tanahair.

Kemunculan PJM Puan Syarifah Sulaiman telah memenuhi ruang kerinduan di kalangan para peserta yang sabar menanti sejak beberapa bulan program diumumkan. Berkongsi pengalaman dan ilmu yang beliau sampaikan adalah satu keberuntungan. Ketokohan dan penyampaian beliau juga menjadikan 13 Dis 2009 satu sejarah paling manis dan berharga buat setiap ahli yang berjiwa besar kerana ada di kalangan yang datang melangkau sejauh Singapura, Terengganu dan Kuala Lumpur. Tahniah dan syabas kepada mereka semua terutama Kak Noorul, kak Fizun dan teman-teman. CRC amat berbangga dengan kegigihan dan daya usaha untuk turut sama.



Kak Fizun

Kak Noorul dan teman-teman turut turun padang membuat persiapan

Tulang belakang CRC PR Jumain Bin Ghazali


PJM Puan Syarifah Sulaiman yang lebih sinonim dengan panggilan Kak Pah. Mesranya menyemai rasa sayang dihati setiap yang hadir terhadap keperibadian beliau.
Penjelasan mengenai berbagai masalah yang bersangkutan dengan syariah antara sesi soal jawab yang paling hangat. Huraian yang diberikan oleh Prof Madya Dr Ishak sulaiman tentang MLM Syariah amat berguna sebagai pengetahuan untuk jalan penyelesaian terhadap berbagai persoalan dan permasalahan yang sering dilontarkan oleh para pengguna dan pengedar HPA.



Barisan kepimpinan Committee Radix Centre (CRC)




Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah sebagai menghargai kehadiran dan memeriahkan lagi majlis penutupan program yang penuh dengan pengisian ilmu dan ukhuwah. Tahniah kepada seluruh warga CRC terutama kepada PJM Syed Ageel dan isteri PJS Puan Suhaiza Rusli, PR Rozali dan PR Jumain juga beserta isteri. Semoga sentiasa beroleh rahmat dan keberkatan. Amin...

Ends...sumber dari blog CRC..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU