Thursday, December 17, 2009

KEGIGIHAN SERIKANDI HPA

Setiap kejayaan perlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. Namun begitu kedua-duanya itu akan diuji Allah s.w.t ketika dalam kepayahan dan kesukaran. Begitulah yang dilalui oleh pemimpin KPU iaitu Pn. Wan Haselina bt. Mohamad Shagaff dan Pn. Najmiatun Najwa bt Abdullah di Tapak Pesta Pulau Pinang.



Terima kasih diucapkan kepada HPA Collection , Mutiara Hikmah dan HPA Islamic Book Store iaitu Ustaz Firdaus yang telah banyak membantu dalam mempromosikan buku keluaran HPA dan Ilmiah. Terima kasih juga buat Radix Oriental Cuisene, Radix Pizza House, Radix Bakery House, Hotel Az-Zahra dan pada semua yang terlibat bagi menjayakan pameran HPA Industries Sdn. Bhd. Di Tapak Pesta Pulau Pinang.



Dengan Izin Allah s.w.t pameran Produk Halal Tanggungjawab Bersama telah berjaya diusahakan oleh 2 pemimpin KPU HPA selama 41 hari bermula pada 21 November 2009 dan berakhir pada 31 Disember 2009, Insyaallah. Ia menjadikan medan informasi HPA Industries Sdn. Bhd agar masyarakat umum dapat memahami perjuangan yang dibawa. Dapat menonjolkan kemantapan produk herba HPA dan kualiti Halal Toyyibah kepada pengunjung tapak pesta tersebut. Kita bukan sahaja memberi informasi ditapak pameran tetapi juga telah mewar-warkan melalui stesyen radio Mutiara FM oleh Pn. Wan Haselina dalam membantu memberi penerangan mengenai syarikat dan hala tuju. Banyak persoalan telah dikemukan namun segalanya dapat ditangani.



Pameran HPA Industries Sdn. Bhd. Sesak dengan kunjungan yang ingin membeli produk dan juga menerima pendaftaran baru keahlian. Ada juga yang ingin mendapatkan khidmat reflexsologi, diagnosis saraf tapak tangan, nadi dan lidah

Kehadiran kumpulan Raihan di pameran HPA telah menjadikan satu daya tarikan kepada pengunjung pada hari tersebut. Akhir kalam kami mengalu-alukan kehadiran pengunjung untuk melihat dan mendapatkan informasi terkini berkaitan HPA Industries. Sebarang pertanyaan berkenaan ekspo boleh hubungi pn. Wan Haselina bt Mohamad Shagaff ( 019-4646266 ) atau pn. Najmiatun Najwa bt Abdullah ( 012- 2678464 ).



Bukan mudah untuk mencapai sebuah kejayaan. Ia memerlukan sifat istiqamah dan displin dalam diri. Yang paling penting ialah nawaitu kita untuk memperjuangkan maruah ekonomi perniagaan islam.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU