Tuesday, December 22, 2009

PBC KELANA JAYA CETUS SEMANGAT BARU

Gabungan mantap Pemimpin dari KPU dan KPA menjadikan PBC di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya benar-benar bermakna. PBC yang berlangsung pada 19-21 Disember 2009 itu disempurnakan perasmiannyua oleh Pengurus Besar Al-Wahida, Encik Mohd Faisol Abd Rahman.

Seramai 78 peserta hadir. Antara pemimpin yang hadir menyampaikan slot ialah PJS Mohd Nadzri Ahmad,PJS Noormah Zainol, PJS Ismail Othman, PJS Zanbli Abd Rashid, PJS Siti Habibah Yusof dan PJS Rosmandi Ishak. Pengarah PBC ialah PJS Syed Ageel Syed Mahayadin. Turut hadir membantu PBC tersebut ialah PJS Muzlina, PJ Nailulmuna, PHJS Zainudin Abdul, PJ Rahmah Rahmat, PJ Ustaza Yusfee Yusof, PJ Ustaz Irwan dan PJ Shahril dari Sabah.

Turut membantu ialah PJ Ustaz Tarmizi dan beberapa pemimpin sekitar Subang dan Tanjung Malim. PBC pada kali ini disertai oleh pelbagai golongan. Kebanyakannya adalah kakitangan awam yang berkhidmat di UPSI dan pejabat-pejabat kerajaan sekitar Kuala Lumpur. Hadir sama beberapa pelajar dari Kolej Insaniah dan Universiti tempatan.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU