Tuesday, December 1, 2009

INFO KPU : PELANCARAN GEN-7

PROGRAM PELANCARAN GEN 7 KPU

Kepada semua PJS dan pemimpin KPU diminta mengambil perhatian maklumat di bawah.

Seperti yang dibentangkan di dalam mesyuarat komuniti tempohari,semua pengerusi dan setiausaha komuniti diminta memaklumkan kepada semua PJS dan pemimpin Gen 1 hingga 7 KPU yang tinggal di zon komuniti masing-masing tentang program Pelancaran Kepimpinan GEN 7 yang akan diadakan pada tarikh 1 hb Jan 2010,Masa 8.00-11.00 mlm.Tempat :Hotel Sg Petani Inn, Sg Petani

Semua PJS diminta mengenalpasti dan memilih ahli-ahli di bawah rangkaian masing-masing yang layak untuk mengikuti program kepimpinan GEN 7 KPU.Sila dapatkan maklumat mereka yang terpilih berkaitan dengan 1-Nama 2-Nama PJS 3-Alamat 4-No Tel/HP 5-NPB 6-Pangkat Sekarang 7-NO KP 8- Pekerjaan 9 –Alamat tempat kerja 10- Tarikh menyertai PBC 11- Tempat PBC yang diikuti 12-Komuniti mana ?Sila email nama pemimpin yg terpilih dan maklumat mereka ke email (bahterajuang09@yahoo.com) atau terus hantar ke Pejabat Urusetia Program GEN 7 KPU- No 66,Jalan Lagenda 2,Lagenda Height, 04-4259003 selewat-lewatnya jam 8.00 mlm pada tarikh 15 hb Dis 2009.

Perhatian kepada semua PJS!Pastikan makluman ini sampai kepada pemimpin bawahan anda dan mana-mana peserta yang tidak lengkap maklumat seperti yang diarahkan di atas tidak akan diterima)

Pihak komuniti juga diminta mengenal pasti mana-mana pengedar dan aktivis HPA yg berada di zon KPU dan layak mengikuti program yang diadakan tetapi mereka berada di bawah rangkaian pemimpin KPA,KPT dan lainnya.Pihak komuniti perlu membantu memastikan mereka juga berpeluang untuk bersama.

Pihak urusetia akan menghantar surat jemputan khas ke majlis tersebut kepada nama-nama yg telah diberikan kepada pihak kami.Kegagalan pemimpin menghantar nama-nama ahli-ahli yang aktif akan menyebabkan mereka tidak mendapat jemputan.


SYARAT-SYARAT PEMILIHAN


SIAPAKAH YANG SEPATUTNYA DIPILIH UNTUK MENYERTAI PROGRAM KEPIMPINAN GEN 7?


1-Pengedar –pengedar yang aktif yang tinggal di antara bandaraya Ipoh sehingga ke Bandar Kangar termasuk (Langkawi)

2-Mereka yang terpilih mestilah yang berpangkat sekurangnya PLX dan pernah mengikuti PBC bagi pengedar bernombor keahlian 300 ribu ke atas.

3-Mereka yang terpilih di kalangan pengedar yang aktif menghadiri kelas mingguan dan program-program HPA setempat yang diadakan.

4-Pengedar yang dipilih mestilah di kalangan mereka yang bershakhsiah dan berakhlak baik,tidak merokok atau bercita-cita berhenti merokok dalam masa terdekat.

5-Pengedar yang dipilih juga di kalangan mereka yang dapat dan bersedia mengikuti peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh KPU(contohnya menutup aurat, memakai blazer/jaket di dalam program,memakai kasut(bukan berslipar) tidak memakai t shirt di dalam program yang diadakan.(Kesilapan PJS pada program yang terdahulu perlu dijadikan pengajaran apabila ada pengedar yang masih belum layak tetapi telah dipilih menyebabkan timbul banyak masalah)

6-Mereka yang dipilih mestilah benar-benar berminat mengikuti program(bukan paksaan dan pujukan pemimpin semata-mata) juga bercita-cita untuk membina kecemerlangan hidup bersama perniagaan HPA.

Ends.....sumber bahterajuang@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU