Saturday, January 17, 2009

KPU GEMPUR PBC DI HILLCITY

Dewan Besar di Hotel Hillcity, Ipoh penuh sesak dengan kebanjiran lebih daripada 100 peserta PBC yang hadir pada hari ini. Kursus PBC yang diadakan pada kali ini mendapat sambutan yang luar biasa. Ia cukup membanggakan dan ini merupakan petanda awal bahawa Ipoh bakal bergegar dan tersenarai antara bandaraya yang bakal menjadi kota metropolitan HPA.





Peserta bersemangat mendengar slot yang disampaikan.


Kehadiran beberapa pemimpin dari Kelab Pemimpin Utara (KPU) untuk mengisi slot menambah keceriaan dan semangat juang para peserta. PJS Syed Salahuddin mengisi slot Kenali Syarikat, PJS Ismail Othman (Pelan Pemasaran), PJS Mohd Nadzri (Kopi Radix), PJS Sharifah Sulaiman (Diagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan), PJS Noreda Hamid (6M) dan PJS Meor Juhaidi (Bersama Pemimpin).





Komuniti Ipoh yang menjadi penggerak PBC


Menurut Pengarah PBC, PJS Syed Ageel Syed Mahayadin, kehadiran beberapa fasilitator terlatih menjadi pemangkin kepada kelancaran PBC kali ini. Antara yang hadir ialah PJS Abdul Jalil dan isteri (Pulau Pinang), PJS Suhaiza Rosli (Pulau Pinang), PJS Sabri Ahmad dan beberapa pemimpin sekitar Ipoh.





Para peserta dan penceramah PBC Hillcity sedang mengalunkan "TEMAN SEJATI"




Slot KOPI RADIX memberi kesan mendalam kepada peserta


Sekalung tahniah kepada PJS Syed Agel dan Pengurus Stokis Daerah (Oki Nofriadha dan isteri) yang bertungkus lumus menjayakan PBC pada kali ini.


Ends....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU