Saturday, May 1, 2010

GM AL-WAHIDA RASMIKAN PSC PERTAMA HPA

Pengurus Besar Al-Wahida Marketing (GM HPA), Mohd Faisol Abd Rahman telah menyempurnakan perasmian pertama Program Pengguna Setia Cemerlang (PSC) yang diadakan di Dewan Umar Mukhtar (RFC) Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Program PSC pada kali ini dihadiri seramai 160 peserta dari Zon Utara. Dalam ucapan GM HPA mengingatkan semua yang hadir agar dapat mengubah minda dan menjadikan HPA ini sebagai doktrin dan wadah ke arah merealisasikan perjuangan memartabatkan produk halal di Malaysia. Semua pengedar HPA perlu memastikan dalam setiap rumah umat Islam di negara ini perlu ada produk halal.

Umat Islam hari ini amat tidak mengambil berat terhadap aspek pemakan dan tidak mahu mengenali siapa sebenarnya pengeluar produk. Mereka mudah ditipu oleh musuh-musuh Islam yang menjadikan umat Islam sebagai sasaran longgokan produk-produk haram dan syubahah.

Sehubungan itu, Program PSC yang diadakan ini bertujuan untuk melahirkan pengguna setia produk HPA yang menjadikan HPA sebagai wadah perjuangan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU