Wednesday, May 5, 2010

MESYUARAT KOWAHIDA ZON SELATAN BERJAYA DISEMPURNAKAN

Mesyuarat Agung Perwakilan Kowahida Zon Selatan berjaya diadakan pada semalam di Dewan Nuruddin Fahmi, RCH Kluang . Seramai 140 orang ahli Kowahida hadir bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing terhadap Kowahida.

Mesyuarat yang berlangsung pada jam 9.00 malam itu dihadiri beberapa Ahli Lembaga Koperasi (ALK). Antaranya Haji Azizan (Setiausaha), Encik Mohd Rosli (Bendahari), Encik Hafidzan, Encik Zamri, Haji Ismail, Puan Haida Ramly dan Pengurus Kowahida, Cik Nasrul Izzah.

Dalam ucapan aluannya, Setiausaha mengingatkan semua ahli agar memahami hala tuju dan perjuangan Kowahida. Kowahida lahir di tengah masyarakat Malaysia yang rata-ratanya ekonomi dikuasai oleh mereka yang bukan Islam. Soal halal dan harfam diketepikan kerana mereka mementingkan untung. Apatah lagi dalam soal makan dan minum. Oleh yang demikian, lahirnya Kowahida adalah pemangkin kepada perjuangan memartabatkan produk halal yang dipelopori oleh HPA.

Sudah tiba masanya umat Islam di negara ini memberi sokongan kepada perniagaan ini. Ini kerana umat Islam pada hari ini sudah tidak peduli lagi tentang soal pemakanan. Akhirnya generasi yang lahir hasil daripada pemakanan yang haram dan syubhah mengakibatkan pelbagai gejala sosial berlaku yang akhirnya meruntukkan ketamadunan bangsa Melayu itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU