Wednesday, November 25, 2009

ROADSHOW KOWAHIDA DI JOHOR

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT yang telah mengizinkan KOWAHIDA untuk mengadakan majlis taklimat di Dewan Nuruddin Fahmey milik HPA di tengah-tengah bandar KLUANG.

Tahniah kepada pemimpin-pemimpin HPA di JOHOR khususnya PJS Rahmat Daim, PJS Shafie, PJS Rosjulila yang telah berusha keras dan telah dapat mengumpulkan hampir 200 orang untuk majlis taklimat yang penting ini.



Majlis taklimat kali ini telah dikendalikan dengan baiknya oleh PJS Ismail Othman; salah seorang Ahli Lembaga KOWAHIDA yang aktif di utara tanahair selaku pengerusi majlis.

Majlis taklimat telah dibuka dengan bacaan ummul kitab dan dimulakan dengan penerangan ringkas dari Ahli Lembaga KOWAHIDA Encik Hj Fisal Ahmad Tajudin yang mengganti Pengerusi KOWAHIDA yang tidak dapat hadir kerana kurang sihat.
PJS Hafidzan Faudzi yang baru balik dari negeri di bawah bayu; SABAH telah diberikan amanah untuk memberikan taklimat utama kepada semua yang hadir. Beliau telah menerangkan tentang sejarah penubuhan KOWAHIDA beserta VISI dan MISI-nya dan hubungkaitnya yang rapat dengan HPA itu sendiri sebagai nadi penggerak untuk masa depan yang lebih maju dan berdaya saing, INSYALLAH.

Di akhir sessi taklimat, para peserta majlis telah diberikan peluang untuk mengemukakan beberapa soalan tentang KOWAHIDA dan telah dijawab oleh beberapa Ahli Lembaga dengan memuaskan hati mereka yang hadir.

Tahniah kepada semua Ahli Lembaga KOWAHIDA di bawah pimpinan pengerusi nya Encik Faisol Abdul Rahman merangkap GM Al Wahida Marketing Sdn Bhd; yang telah dapat membawa satu perubahan yang lebih baik dan mantap dalam segi pengurusan KOWAHIDA hingga ke tahap yang ada masakini.

TERUS MAJU BERSAMA KOWAHIDA UNTUK MASA DEPAN UMMAH YANG LEBIH CERAH.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU