Sunday, November 15, 2009

MEMBINA USAHAWAN BERSAMA KOLEJ KOMUNITI

Program Pembangunan Usahawan dan Hub Halal Kolej Komuniti bersama HPA

Catatan Oleh : PJS Jamaludin Yeop Majlis

Alhamdulillah, HPA adalah antara syarikat yang terpilih untuk mengisi program yang diatur oleh Sektor Pengurusan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk melatih pelajar-pelajarnya menjadi usahawan bersama HPA, khususnya dalam membangunkan produk halal.

Untuk tahun ini 5 Kolej Komuniti telah dipilih untuk program Pembangunan Usahawan Peruncitan Hub Halal bersama HPA. Kolej Komuniti yang terpilih pada tahun ini ialah:

1. Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka
2. Kolej Komuniti Kuantan Pahang
3. Kolej Komuniti Arau Perlis
4. Kolej Komuniti Pasir Gudang Johor.
5. Kolej Komuniti Tawau Sabah.

Program selama 4 hari 3 malam ini telah diamanahkan pengendaliannya oleh pihak syarikat HPA kepada PJS Azizan Ahmad (Presiden KPU). Saya mengambil peluang ini dengan menawarkan diri untuk turut serta dalam pengendalian dan pengisian program. Alhamdulillah saya diterima oleh Presiden KPU untuk mengendalikan program ini di Pasir Gudang Johor pada minggu ini (12 - 15 Nov) dan di Tawau Sabah minggu depan (19 - 22 Nov).

Lain-lain pemimpin HPA yang bersama saya sekarang ini di Kolej Komuniti Pasir Gudang ialah PJS Aseri Mohd Hanafiah dari Pulau Pinang, PJS Jamaliah Omar dari Sg Petani, PJS Asniah bt Badri dari Pulau Pinang, PJS Noriah bt Husin dari Pendang Kedah, PJE Mohd Shafarul Nizam dari Bangi Selangor dan PJ Us. Shukri bin Omar dari Pendang Kedah.

Ends.....sumber dari blog PJS Jamaludin Yeop Majlis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU