Sunday, November 29, 2009

KEUNIKAN PBC DI TELOK TEMPOYAK P.PINANG

Kebiasaannya PBC diadakan di hotel-hotel mewaah bertaraf 3 bintang, atau di rumah-rumah rehat kawasan tanah tinggi yang sejuk dan nyaman dengan tiupan angin bukit dan kicauan burung dan unggas rimba.

Namun atas kreativiti dan minda baru yang lebih dinamik yang dipamerkan oleh beberapa pemimpin KPU di Pulau Pinang telah berjaya merealisasikan satu keunikan PBC yang di adakan di kawasan pantai dengan tiupan bayu laut. Suasana yang sungguh menarik, penuh kreativiti dan menyegarkan semua peserta yang hadir.

PBC Teluk Tempoyak Resort Penang telah berlangsung dengan jayanya pada 21 & 22 Nov 2009 dengan kehadiran 45 orang peserta. Selain berlangsung di tengah laut, peserta disajikan dengan makanan laut yang segar, enak dan sunggup mempersonakan. Pihak urusetia terpaksa menghadkan penyertaan setakat 45 orang saja untuk keselesaan walaupun jumlah peserta yang memohon hadir mencecah hampir 75 orang .

InsyaAllah yang mana berasa kecewa kerana tidak dapat ikuti PBC kali ini akan berpeluang bersama PBC Teluk Tempoyak pada Januari 2010 .

Antara pemimpin-pemimpin KPU yang hadir ialah PJS sabri ahmad ( Produk Pilihan ) PJS Utz zaidon abd rahman ( 6M ) PJS Faizal azmi ( Plan Pemasaran ) PJS Pn. Suhaiza Rusli ( Dignos Saraf ) disamping pemimpin pelapis KPU PJ Shaik mohd noor ( Kenali syarikat ) dan PJ Utz shamizam ibrahim ( Halal Haram )

Menurut Pengarah Program PJS Abdul Jalil Zainol PBC Teluk Tempoyak telah berjaya menampilkan barisan pemimpin pelapis dari Kelab Pemimpin Utara.PBC Teluk Tempoyak pastinya menjadi kenangan yang tidak akan dapat dilupakan oleh setiap peserta. Kerjasama yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin baru yang lahir di Pulau Mutiara menjanjikan bahawa Pulau Pinang akan terus maju dan berjaya dengan perniagaan HPA.

Syabas kepada semua pemimpin dan peneraju PBC Teluk Tempoyak


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU