Thursday, August 12, 2010

ROR HPA SEDIAKAN JUADAH ISTIMEWA RAMADHAN

Restoran Radix Organic Recipe (ROR) menyediakan juadah istimewa sepanjang Ramadhan. ROR yang terletak bersebelahan Hotel Az-Zahra Inn di Bandar Legenda Heights memulakan perniagaannya seawal jam 5.00 petang di sepanjang bulan puasa ini.

Kepada yang berhajat untuk menikmati pelbagai jenis masakan dan makanan istimewa serta kuih muih beraneka rasa, bolehlah datang ke ROR. Selain itu kemudahan berbuka puasa sama ada secara individu, berkeluarga dan berkumpulan juga disediakan. Salah satu hidangan istimewa yang disediakan ialah Ayam Percik Berempah yang sungguh lazat dan sedap.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU