Saturday, August 7, 2010

PBC KUDAT CETUS SEMANGAT BARU DI SABAH

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang diadakan di Kudat Golf & Marina Resort di Kudat Sabah berjaya menghadirkan seramai 30 peserta. PBC yang julung-julung kali diadakan ini merupakan hasil usaha PJ Mohd Shahril Bin Tahir yang berhijrah ke sini sejak Januari 2010 yang lalu. Beliau merupakan Pengarah PBC kali ini.

PJ Mohd Shahril merupakan anak kelahiran Batu Kurau, Perak. Beliau mengikut isteri yang bertugas sebagai guru di Pulau Banggi yang terletak kira-kira sejam perjalanan menaiki bot dari tanah besar Sabah. Pulau yang berhampiran dengan sempadan Filipina itu didiami hampir 18 ribu penduduk dari pelbagai kaum dan keturunan serta agama.

Kebanyakan peserta yang hadir ke PBC pada kali ini melahirkan syukur kerana telah diperkenalkan dengan produk HPA yang halal lagi baik. Mereka bersemangat untuk meneruskan perjuangan HPA dan memastikan produk HPA berkembang dan ada di setiap rumah penduduk di Kudat.

Antara pemimpin yang hadir menyampaikan slot dan menjadi fasilitator ialah PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Puan Noormah Zainol, PJ Mohd Yusfee dan PJE Mohd Irwan Azahari. Hadir sama ialah Mohd Yushairi Yusoff.

PBC akan datang akan diadakan selepas Hari Raya Aidil Fitri di Kudat dan Ranau.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU