Saturday, June 26, 2010

SEMARAKKAN PRA PBC DI SEMUA KOMUNITI

Tribunal KPU yang bermesyuarat pada 24 JUN 2010 (Khamis) telah mengambil ketetapan terhadap Program Pra PBC seperti berikut :

1) Peserta Pra PBC TIDAK PERLU membuat belian PERIBADI/INVOIS sebanyak 100NM ketika mendaftar. Mereka boleh membuat belian 100NM sama ada pada bulan hadir Pra PBC atau bulan berikutnya.
2)Semua KOMUNITI KPU boleh menganjurkan Pra PBC mengikut kemampuan masing-masing.
3) Syarat peserta Pra PBC ialah minima 25 orang.
4) Yuran yang dikenakan maksima RM30 seorang dan seboleh-bolehnya diadakan di cawangan.
5) Pengerusi KOMUNITI mempunyai kuasa penuh untuk menentukan penceramah dan tarikh Pra PBC dengan mengadakan mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasanya. Penasihat boleh memberi pandangan sekiranya diminta berbuat demikian.
6) Setiap Pra PBC yang hendak dianjurkan perlu dimaklumkan kepada Setiausaha Tribunal untuk dipanjangkan kepada HQ.
7) Setiap Pra PBC perlu mematuhi syarat dan garis panduan yang ditetapkan, antaranya :
7.1. Peserta mestilah belum berpangkat (Pengedar Bertauliah)
7.2. Mesti berumur 18 Tahun ke atas.
7.3. Tidak boleh ganti peserta.
6.4. Mesti hadir sepenuhnya Pra PBC (satu hari).

Sekian untuk makluman

Setiausaha Tribunal KPU.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU