Wednesday, June 23, 2010

PERASMIAN RFC KANGAR

HPA Industries Sdn. Bhd. kini telah melangkah setapak lagi dengan membuka restoran makanan segera berjenama Radix Fried Chicken (RFC) di Kangar Perlis yang merupakan cawangannya yang ke-6.

Oleh yang demikian, pihak HPA Industries Sdn. Bhd. dengan penuh takzim dan hormatnya
ingin menjemput pihak Tuan/Puan bagi menghadiri majlis perasmian dan pelancaran pembukaan restoran tersebut seperti butiran berikut:

Tarikh : 30hb Jun (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : No 86-88, Jalan Kangar-Alor Star
Taman Pertiwi, Seriab, 01000 Kangar, Perlis.

Majlis pelancaran tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis iaitu Yg. Amat Berhormat
Dato’ Seri Dr. Md Isa Bin Sabu. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar Tuan/Puan dapat
menghadiri majlis tersebut.

Kesudian Tuan/Puan didahului dengan ribuan terima kasih. Untuk pengesahan kehadiran sila hubungi Cik Normalina Bt Sharoni di talian 04-977 4716 / 6806 / 019-221 2073 atau Cik Noor Fazelaini Bt Che Hussin di talian 04-9776715/ 012-415 3295.

Sekian, terima kasih.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” ™

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU