Saturday, February 20, 2010

KPJ DI SAHAB PERDANA DAPAT SAMBUTAN MERIAH

Kursus Pengubatan Jawi (KPJ) yang diadakan di HPA Cawangan Sahab Perdana mendapat sambutan daripada ahli dan pengedar HPA sekitar Bandaraya Alor Setar, Kangar, Jitra dan Changlon. Hampir 150 hadir mendengar kuliah yang disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad.

KPJ pada kali ini disiarkan secara langsung melalui Radio HPA.FM yang dikendalikan sepenuhnya oleh Webmaster HPA, Mahadi Che Haron. kemahiran beliau dalam bidang telekomunikasi menjadikan KPJ yang diadakan semalam dapat didengar dengan jelas oleh ahli-ahli HPA di seluruh negara. Tahniah kepada Webmaster HPA yang sentiasa kreatif dan inovatif dalam menyalurkan maklumat HPA kepada 600 ribu ahli seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU