Saturday, February 27, 2010

HPA LANGKAWI TERUS CEMERLANG BERSAMA KOMUNITI

HPA Pulau Langkawi terus mengorak langkah menuju kecemerlangan dengan barisan kepimpinan baru yang diterajui oleh PJS Mohd Zaki Mohd Nor. Beliau merupakan tenaga penggerak utama HPA dan dilantik sebagai Pengerusi Komuniti Langkawi. Selain itu kecemerlangan ini juga turut sama dibantu oleh beberapa PJS yang lahir di Langkawi. Antaranya PJS Rohaida Ahmad, PJS Salimi Adni dan PJS Desmiati Zubir.

Komuniti Langkawi diperkuatkan lagi dengan kehadiran tenaga muda PJX Mohd Fadzli yang merupakan Setiausaha Komuniti. Mereka merancang pelbagai aktiviti HPA dalam usaha menjadikan Pulau Langkawi 'Pulau HPA'. Kepimpinan PJS Mohd Zaki amat terserlah. Beliau amat disenangi oleh penduduk Langkawi. Kehadiran beliau ke tengah-tengah masyarakat melalui masjid dan surau menjadikan HPA makin dikenali.

Selain itu, kerjasama dan semangat setiakwan dan ukhuwah Islamiah bersama dengan Pengurus dan Staf HPA Langkawi menjadikan pelbagai aktiviti mudah dilaksanakan. Antara program terbaru dianjurkan ialah Pemantapan PBC yang dihadiri oleh PJS Ismail Othman dan PJS Mohd Nadzri Ahmad pada 27 FEB 2010. Selain itu pada 06 MAC 2010, jam 9.00 pagi, PJS Sharifah Sulaiman akan hadir bagi mengendalikan Kursus Kemahiran Diagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan.

Sekalung tahniah kepada Komuniti Langkawi dibawah kepimpinan PJS Mohd Zaki yang terus cemerlang dan bakal menjadikan Langakwi antara pulau yang akan gah dan hebat dengan produk HPA........


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU