
Wednesday, November 11, 2009
Monday, November 9, 2009
PBC TS HOTEL PASIR GUDANG : MEMBENTUK PEMIKIRAN BARU
PBC di TS Hotel Pasir Gudang berlangsung pada 31 Oktober hingga 01 November 2009 dengan kehadiran seramai 111 orang, sekaligus berjaya memupuk semangat dan kesedaran di kalangan peserta tentang perlunya pemahaman yang betul sebelum melangkah lebih jauh. Ucapan yang disampaikan oleh GM Tuan Faisol Abd Rahman yang menyentuh beberapa perspektif dan info-info terkini di dalam HPA juga turut menyuntik daya fikir kreatif kepada idea yang lebih luas dan berguna untuk diguna pakai sekembalinya mereka dari kursus selama dua hari satu malam.
Sumber : Blog CRC pasir Gudang ; admin ck bayu
ADAB JUAL BELI
1. Kita perlu mengambil kira keperluan, kehendak dan kemampuan, sebelum membeli.2. Tidak digalakkan membeli, terutama makanan ketika terlalu lapar hingga mengakibatkan kita membeli pelbagai jenis makanan. Ini kerana dikhuatiri akan berlaku pembaziran kerana terlalu banyak makanan.
3. Sebaiknya dapatkan pandangan mereka yang arif mengenai sesuatu produk sebelum membelinya.
4. Elakkan menipu dan menganiaya penjual seperti memberikan wang palsu dan menawarkan harga terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual.
5. Bersikap jujur dan amanah ketika membeli.
6. Mengutamakan urus niaga dengan orang Islam supaya kita dapat membantu sesama umat kecuali apabila tiada pilihan.
7. Pastikan barang yang hendak dibeli halal dan bermanfaat.
Ends...
Friday, November 6, 2009
IRAN TIDAK PERNAH TERPEDAYA DENGAN AMERIKA
Menjelang peringatan Hari Nasional Anti-Imperialisme Global yang jatuh pada hari Rabu, 4/11, dalam sebuah khutbahnya Sayyid Ali Khamenei menyebut AS sebagai imperealis sejati di dunia. Pertemuan yang digelar secara terbuka dengan komunitas pelajar, mahasiwa dan keluarga syuhada Iran itu berlangsung Selasa 3/11/09. Dalam pidatonya, Pemimpin Besar Revolusi Islam, menekankan perlunya ketajaman hati dan pikiran untuk mengenal imperialisme."Selama pemerintah AS masih mempertahankan mental imperialisme dan ancamannya, maka bangsa Iran tidak akan terpedaya oleh retorika pemerintah AS yang terkesan menginginkan rekonsiliasi namun tidak melepaskan kemerdekaan, kebebasan, kepentingan nasional dan hak-hak bangsa Iran.
"Pasca kemenangan Revolusi Islam, pemerintah AS bukannya meminta maaf dan membayar ganti rugi atas kejahatan yang ditimpakannya kepada bangsa Iran, tapi justru melancarkan konspirasi terhadap bangsa dan pemerintah Islam Iran sejak masa-masa awal Revolusi Islam. Bahkan kedutaan AS di Tehran dijadikan sebagai pusat spionase dan konspirasi anti-Iran". Tegas Rahbar atau pemimpin besar revolusi Islam Iran.
Sayyid Ali Khamenei menilai, list kejahatan AS terhadap bangsa Iran selama tiga dekade terakhir telah terkumpul menjadi buku tebal.
Menyinggung pernyataan yang terkesan indah dari Presiden AS, Barack Obama berupa tawaran berunding dan penyelesaian masalah dengan Iran, Ayatollah Ali Khamenei menegaskan, "Sejak awal Republik Islam Iran memutuskan untuk tidak menilai secara dini slogan ‘perubahan', namun menilai hal itu dari prakteknya. Sayangnya, realitas yang ada selama ini justru berbeda dengan apa yang dikatakan". Tandasnya.
Dalam mengomentari tekad bangsa Iran untuk mempertahankan kemerdekaan, kebebasan, dan kepentingan nasional serta meraih kemajuan sains dan teknologi, Pemimpin Besar Revolusi menyatakan, "Jika ada pihak yang ingin mencederai hak bangsa Iran, maka bangsa ini akan menentang dengan mengerahkan seluruh kekuatan dan memaksanya tunduk. Rahbar juga memperingatkan, "AS jangan merasa senang dahulu dengan sejumlah masalah dan peristiwa pasca pemilu presiden Iran, sebab Republik Islam Iran jauh lebih kukuh dari apa yang selama ini dibicarakan".
"AYUH BANGUN UMAT ISLAM"
TAKBIR!!!!
Wednesday, November 4, 2009
PBC DI HOTEL HPA AZ-ZAHRA INN
PBC di Hotel HPA Az Zahra Inn akan berlangsung pada 13 dan 14 November 2009. Menurut Pengarah PBC, PJS Abdul Razak Ibrahim, pada peringkat awal ia sepatutnya berlangsung di Naza Hotel Gurun, namun terpaksa dipindah pada saat-saat akhir kerana masalah teknikal di hotel tersebut.
Antara barisan PJS yang akan mengisi slot PBC tersebut ialah:
1. Kenali HPA : PJS Syed Salahuddin.
2. Plan pemasaran : PJS Mohd Aseri Hanapiah
3. Gerak Kerja 6M : PJS Ustaz Mohd Zahir
4. Saraf Tapak Tangan : PJS Sharifah Sulaiman
5. Halal dan Haram : PJS Ustaz Zaidon
6. Produk Pilihan : PJS Ustaz Zaidi Abu Hassan
Sesisapa yang berminat hadir, bolehlah menghubungi PJS Abdul Razak (Polis) di talian 019-5720102.
Ends...
Antara barisan PJS yang akan mengisi slot PBC tersebut ialah:
1. Kenali HPA : PJS Syed Salahuddin.
2. Plan pemasaran : PJS Mohd Aseri Hanapiah
3. Gerak Kerja 6M : PJS Ustaz Mohd Zahir
4. Saraf Tapak Tangan : PJS Sharifah Sulaiman
5. Halal dan Haram : PJS Ustaz Zaidon
6. Produk Pilihan : PJS Ustaz Zaidi Abu Hassan
Sesisapa yang berminat hadir, bolehlah menghubungi PJS Abdul Razak (Polis) di talian 019-5720102.
Ends...
Tuesday, November 3, 2009
PBC DI RESORT PANTAI TELUK TEMPOYAK
PBC Teluk Tempoyak Penang anjuran Komuniti Balik Pulau & Bayan Baru
bakal berlangsung dgn penampilan PJS Sabri Ahmad ,PJS Ustaz Zaidon ,PJS Pn Suhaiza Rosli, PJS Abdul Jalil Zainol, PJS Shohimi Ahmad, PJS Aasim Khalid(Kuala Kangsar) dan PJS Pn Rohani Mat Noor. Ianya akan di bantu oleh pemimpin-pemimpin KPU antaranya PJ Ustaz Shamizan(Kulim) dan PJ Cikgu Shaik Mohd Noor.
PBC Teluk Tempoyak akan berlangsung pada 21 dan 22hb November 2009.
Peserta yang mengikuti PBC kali ini bakal terpesona dengan keindahan pemandangan
laut yg terbentang luas dan juga akan dihidangkan dengan makanan laut termasuk ikan bakar.
Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran: hubungi PJS Abdul Jalil Zainol 019-5417794
Yuran kursus RM 160.
bakal berlangsung dgn penampilan PJS Sabri Ahmad ,PJS Ustaz Zaidon ,PJS Pn Suhaiza Rosli, PJS Abdul Jalil Zainol, PJS Shohimi Ahmad, PJS Aasim Khalid(Kuala Kangsar) dan PJS Pn Rohani Mat Noor. Ianya akan di bantu oleh pemimpin-pemimpin KPU antaranya PJ Ustaz Shamizan(Kulim) dan PJ Cikgu Shaik Mohd Noor.
PBC Teluk Tempoyak akan berlangsung pada 21 dan 22hb November 2009.
Peserta yang mengikuti PBC kali ini bakal terpesona dengan keindahan pemandangan
laut yg terbentang luas dan juga akan dihidangkan dengan makanan laut termasuk ikan bakar.
Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran: hubungi PJS Abdul Jalil Zainol 019-5417794
Yuran kursus RM 160.
Monday, November 2, 2009
HATI-HATI DENGAN KAPSUL
Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal
Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.
"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.
"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.
Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.
Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.
"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.
Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.
Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.
Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.
Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.
Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)