Sunday, June 7, 2009

MAMPUKAH HPA JADI PENYELAMAT?

Ini Baru Betul : BUMI DI PIJAK MILIK ORANG

Warga Thailand monopoli perniagaan


Kompleks Arked Niaga di Padang Besar, Perlis yang menawarkan pelbagai
barangan murah kini semakin dimonopoli oleh peniaga warga Thailand.


PADANG BESAR – Kompleks Arked Niaga di sini memang popular sebagai tumpuan membeli-belah di kalangan pengunjung di utara tanah air.

Selain menawarkan pelbagai pilihan barangan, harga yang murah menjadikan kompleks yang dibina pada tahun 1995 itu antara lokasi wajib dikunjungi sekiranya orang luar melancong ke Perlis.

Bagaimanapun, ramai tidak menyedari rezeki daripada limpahan pengunjung ke kompleks itu sebenarnya hanya memberi keuntungan kepada segelintir peniaga tempatan kerana kebanyakan peniagaan di situ kini dimonopoli oleh warga Thailand.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Bidin mendakwa, hampir 90 peratus perniagaan di kompleks itu merupakan peniaga Thailand.

“Mereka menetap di Padang Besar di sebelah Thailand dan setiap hari berulang-alik ke sini. Dahulu mereka cuma digaji peniaga kita, sekarang mereka sudah menjadi tuan punya kedai,” katanya ketika ditemui wartawan Ronda-Ronda Kosmo! di sini semalam.



Ends.....sumber Kosmo

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU