Sunday, June 14, 2009

AMERIKA DAN YAHUDI MULA GERUN DENGAN ISLAM

Ahmadinejad Presiden Iran ke-10

PILIHANRAYA Presiden Iran ke-10 saya tidak ikut dengan cerap dan menyungguh. Hanya sesekali menyilau dan membaca laporan di akhbar dan internet seimbas lalu. Tidak mengikuti dari awal, maksudnya sebermula kempen pilihan raya berkenaan. Maka susah untuk membuat telahan siapa yang akan memenangi jawatan itu.

Laporan-laporan berita mengatakan pilihan raya presiden Iran kali ini sengit dan hebat. Dr Mahmoud Ahmadinejad dikatakan tercabar dan kemungkinan akan kehilangan jawatan itu. Beliau dicabar oleh tiga calon lain. Bagaimana pun calon yang mengikut rapat dan dikira akan memberi tentangan ialah Mir Hossein Moussavi.
Moussavi dikatakan reformis yang ingin membawa pembaharuan di Iran. Membuka Iran dari dunia terlungkupnya kepada dunia global dan liberal.
Beliau yang juga bekas Perdana Menteri terakhir di zaman revolusi dikatakan mampu membawa keamanan di Iran serta mengurangkan ketegangan hubungan Iran dengan Barat khsusnya Amerika.

Moussavi juga dikatakan mendapat sokongan dari kalangan orang muda. Inilah modal atau pun aset mengatakan Moussavi akan menang.

Manakala Ahmadinejad pula lebih dilihat konservatif mempertahankan dasar dan polisi Iran yang bersifat anti Barat selama ini di samping akan terus meneruskan projek pembinaan tenaga nuklear yang ditentang Barat.

Saya bukan menyokong Ahmadinejad tetapi suka kepada kesederhanaan wataknya yang nampak tulus dan jujur. Wajahnya juga menggambarkan dia seorang pemimpin berwajah rakyat tidak hipokrit. Dari wajahnya tidak menunjukkan dia keturunan bangsawan dan suka bermewah atau bercakap besar. Karektornya juga sangat sesuai untuk memimpin rakyat Iran yang bermati-matian mempertahankan sebagai satu-satunya negara legasi ummah Islam di dunia ini dari disulupi pengaruh Barat.

Jadi apabila mendengar laporan Moussavi akan beroleh kemenangan apa lagi sudah ada dakwaan daripada manager kempennya yang bekas PM Iran itu menang besar hati sedikit terkedu. Dapat dibayangkan kalau Moussavi menang Iran akan dijajah seluruhnya oleh pemikiran dan politik Barat.
Bagaimana pun atas prinsip sesuatu itu tidak akan mutlak selagi ianya tidak diumumkan oleh panitia pemilih, berita itu saya terima sebagai angin lalu saja disamping hati terus berdoa agar Ahmadinejad memperolehi kemenangan.

Laporan hari ini ternyata berpihak kepada Ahmadinejad. Daripada 78% jumlah undi yang dikira sehingga ini Ahmadinejad sudah mendapat 64.9% undi berbanding dengan Moussavi yang memperolehi 32% undi. Kira-kira tidak sampai 25% undi saja yang belum kira. Setakat ini menurut Menteri Dalam Negeri Iran, Seyed Sadeq Mahsouli seramai 70% daripada 46 juta rakyat Iran yang layak mengundi keluar mengundi.

Keputusan hari ini tentulah mengejutkan Moussavi dan para penyokongnya. Ternyata provokasi dan psywar yang dilakukan sebelum ini tidak menjadi dan merombak keputusan mutlak yang ditetapkan Tuhan. Kepada Mossavi dan penyokong hendaklah menerima dengan redha dan gentlemen terhadap keputusan rakyat Iran itu dan jangan pula selepas ini ada dakwa dakwi mengatakan proses pemilihan itu tidak telus atau berlaku penyelewengan dan sebagainya. terimalah hakikat kekalahan jangan sampai menaikan sepanduk atau kain pemidang yang mengelirukan rakyat!

Ends.........

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU