Tahniah kepada En Othman bin Yusof atau lebih dikenali dengan PAK MAN CENDOL PULUT di Rasa Hulu Selangor yang akan belepas ke Mekah pada 27 Mei ini bersama 75 rombongan dari HPA ILHAM HOLIDAYS. Pak Man mendapat tawaran spontan dari Tn Hj Ismail Pengarah Urusan HPA ketika Tn Hj bersama rombongan yang singgah ke gerai Pak Man di tepi jalan di Rasa selepas upacara perasmian Cawangan Masjid Kuala Kubu Baru baru-baru ini.
Tn Hj Ismail telah mengenali Pak Man sejak ia menyertai HPA pada awal 1998 lagi. Kelebihan Pak Man ini ia sentiasa memperkenalkan HPA kepada pelanggannya sejak ia mendirikan gerai Cendol Pulut di tepi jalan Rasa pada tahun 2000 lagi. Pak Man sangat setia dengan HPA sejak awal 1998 walaupun tidak berpangkat dan mendapat bonus kurang dari RM50 sebulan dari dulu sampai sekarang. Tugasnya promosi HPA di gerainya. Berbagai-bagai risalah tentang HPA disediakan di gerainya termasuk banner dan poster.
Semua bahan ini disediakan sendiri. Ini yang mengkagumkan rombongan Tn Hj Ismail termasuk Pengurus HPA Ilham Holidays En Jefry lalu dengan spontan Tn Hj Ismail menawarkan pada Pak Man samada nak pergi HAJI atau UMRAH. Pak Man kata dapat pergi Umrah pun jadilah dulu. Lalu Tn Hj terus minta En Jefry mendaftarkan untuk pergi bersama rombongan Umrah HPA Holidays pada hujung bulan ini bersama 75 ahli rombongan.
Semuanya ini Pak Man ceritakan pada saya pada keesokannya yang kebetulan saya pula singgah di gerainya. Pak Man menceritakan kisahnya bersama Tn Hj Ismail sejak 1998. Pak Man ini pantang dengar Tn Hj Ismail turun ke Selangor. Kalau tahu saja mesti pergi. Kalau ada peluang berjumpa dan ajak Tn Hj datang ke rumahnya di Perkampungan Darul Atiq di Rasa Hulu Selangor. Alhamdulillah Tn Hj pernah menerima jemputan kerumahnya pada tahun 1998 selepas menghadiri KONVEK kali pertama di UNITEN Bangi. Tn Hj datang bersama Tn Hj Fisal dan En Faisol. Gambar mereka bersama saya, Pak Man besarkan dan letak di gerai Pak Man. Pak Man jamu mereka makan masakan kampung dibawah pokok buluh tu sambil menunjuk rumpunan pokok buluh di belakang gerainya pada saya..

Ends.......sumber dari blog PJS Jamaluddin Yeop Majlis..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.