Sunday, June 14, 2009

KERETA AKHIRAT DAN KERETA DUNIA?

Antara yang menggagalkan usaha dakwah salah faham tentang konsep dunia dan akhirat iaitu menganggap agama hanyalah pada urusan ibadat sahaja. Contoh.


1. “Ini kerja dunia” kata ustaz itu sambil merujuk kepada ternak ikan keli. Manakala mengaji ialah kerja akhirat.

a. Adakah mencari rezeki itu bukan daripada ajaran Islam?
b. Adakah menjual barangan keperluan masyarakat seperti makanan, pakaian, peralatan dan sebagainya itu bukan daripada ajaran Islam?
c. Adakah menaikkan taraf ekonomi orang Islam itu bukan daripada ajaran Islam?

2. “habuan dunia” merujuk kepada kekayaan yang diperolehi oleh seseorang.

a. Adakah mendapat kekayaan itu bercanggah dengan Islam?
b. Bukankah ramai 10 orang sahabat nabi yang dijamin syurga, ramai diantara mereka itu di kalangan orang kaya.


3. “Kita kena banyakkan amal soleh”. Kata seorang ustaz dengan penuh semangat kepada para hadirin dalam satu ceramah. Dia merujuk amal soleh itu dengan sembahyang dan berbuat baik pada ibu bapa.

a. Soalnya, adakah berniaga itu dunia?
b. Soalnya, adakah memiliki kereta itu dunia?
c. Soalnya, adakah memiliki rumah besar itu dunia?

Ya, ada yang dunia dan ada yang akhirat.

Ends......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU