Di mana kuasa kita yang sebenarnya? Di mana maruah umat Islam yang sebenarnya? Jika benci dan marah kepada Yahudi, adakah hanya sekadar bertindak dengan membaling batu dan melempar kasut serta protes dalam perhimpunan jalanan? Apakah itu sudah cukup dan kita berpuas hati?
Wahai sahabat-sahabatku sekalian. Sedarkah kita bahawa selama ini kekuatan dan kedurjanaan Yahudi sedikit sebanyak berpunca daripada sumbangan kita juga? Tanpa kita sedari kita jugalah yang memberi sumbangan kepada mereka. Mereka menjadikan negara kita sebagai tempat lambakan untuk mengaut dan menghambat kekayaan. Kita membeli dan mengguna barangan mereka. Kita berbangga dengan barangan berjenama yang mereka keluarkan. Kita rasa hebat apabila dapat makan KFC dan Mc Donalds.
KFC milik Yahudi dibina betul-betul di hadapan Masjidil Haram, Mekah al-Mukarramah.
Mereka tidak perlu datang ke negara ini. Mereka tidak perlu membina rumah di negara kita. Cukup hanya dengan menghantar barangan keluaran mereka sahaja. Kita adalah pengguna sejati bagi mereka. Kita beli dan makan apa sahaja yang mereka jual. Jarang kita bertanya siapakah yang punya syarikat ini? Dari mana datangnya? .Ada di kalangan kita penuh angkuh menggaya dan memperagakan barangan dan pakaian berjenama keluaran mereka.
Tahukah wahai sahabat sekalian bahawa wang yang kita belanjakan untuk membeli barangan mereka itu, telah mereka gunakan untuk membeli senjata dan membunuh saudara seagama kita di bumi Palestine. Kita membutakan mata dan memekakkan telinga untuk mengetahui dan mengenali barangan berjenama Yahudi. Asalkan namanya barangan keperluan, terus kita beli. Lemahnya kepekaan umat Islam walaupun semangat menentang Yahudi cukup kuat.
Oleh itu, sedarlah wahai sahabat sekalian. Mulai hari ini marilah kita sama-sama memboikot semua barangan keluaran Yahudi yang berlambak dalam pasaran di negara kita. Mudah-mudahan Yahudi akan tumpas dan merana dengan tindakan kita. Sekadar berdemontrasi belum cukup untuk melemahkan Yahudi. Tidak ada gunanya berdemontrasi jalanan berterusan jika kita terus membeli dan menggunakan barangan Yahudi di rumah kita. Golongan agama perlu memainkan peranan ini untuk menyedarkan umat Islam. Jauhi barangan Yahudi laknatullah sama ada makanan, pakaian dan perhiasan.
Jangan ada lagi golongan yang mengaku memperjuangkan Islam, tetapi barangan yang ada di rumah mereka masih lagi milik Yahudi. Jika masih ada, bermakna merekalah yang memberi sumbangan kepada pembunuhan umat Islam di Palestine, walaupun tiap-tiap malam mereka berceramah agama di surau dan masjid.
Lihatlah senarai barangan YAHUDI. Klik di bawah.
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html
dari hati nurani:
PJS Ismail Othman
Ends...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.