Thursday, January 22, 2009

KEHADIRAN KAK PAH CERIAKAN PBC TAIPING

Kehadiran PJS Sharifah Sulaiman (Kak Pah) berjaya menceriakan hampir 30 peserta PBC di Hotel Seri Malaysia, Taiping Perak. Kehebatan ilmu perawatan mendiagnos penyakit melalui saraf tapak tangan sememangnya sinonim dengan Kak Pah.

Kak Pah sedang mengendalikan slot 'Diagnos Saraf Tapak Tangan'


Ilmu yang dicurahkan bukan sahaja memukau semua peserta PBC, malah menaikkan semangat peserta untuk terus berjuang bersama HPA dan memboikot barangan Amerika, Yahudi dan Israel. PBC yang berlangsung selama 2 hari pada 17 dan 18 Januari lalu adalah siri PBC bulanan yang dianjurkan oleh KPU di Zon Utara.



Tenaga Penggerak yang menjayakan PBC Taiping



Menurut Pengarah PBC, Ustz Mohd Yusfee Yusof, Kak Pah memberi komitmen akan hadir pada setiap PBC yang dianjurkan di Taiping. Oleh yang demikian semua peserta sekitar utara bolehlah hadir ke PBC yang diadakan pada setiap bulan untuk mendalami pelbagai ilmu.


Sebahagian peserta bergambar bersama fasilitator yang hadir


PBC akan datang ialah pada 14 dan 15 Februari 2009. Antara PJS lain yang akan hadir ialah PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Zainuddin Abdul dan PJS Syed Ageel Syed Mahayadin. Peserta bolehlah mendaftar nama mulai sekarang di Cawangan HPA Kamunting Taiping,, Perak.


Ends....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU