Thursday, July 9, 2009

PJS SUHAIZA : SUAMI ADALAH IDOLA DALAM MERINTIS KEJAYAAN BERSAMA HPA

Orangnya kecil molek…lembut bicara dan peramah. Suka berkongsi pandangan dan pendapat. Tidak lokek ilmu dan mudah mesra sesama muslimah. Sangat petah dan jelas penyampaiannya ketika mengungkap kata-kata, terutama dalam masjlis rasmi HPA seperti perjumpaan mingguan atau Program PBC. Itulah watak awal yang dapat digambarkkan mengenai PJS Suhaiza Rosli, isteri kepada PJM Syed Ageel Syed Mahayadin.



Menceritakan detik waktu bersama HPA, PJS Suhaiza tidak habis-habis merakamkan jutaan syukur kehadrat Ilahi dan terima kasih kepada suaminya yang menjadi pendorong kepada kejayaannya berdagang dengan HPA. Baginya sifat kontras antara suami isteri merupakan kelebihan kepada kemanisan hidup berumah tangga.



Suaminya seorang yang tegas, berprinsip dan pro aktif menjadikan PJS Suhaiza semakin yakin bahawa perjuangan ini memerlukan kebersamaan. Isteri adalah pendorong utama kepada kejayaan suami dan suami menjadi penentu kepada kejayaan isteri.


Atas dasar perjuangan dan memikul amanah Allah, PJS Suhaiza mula mengorak langkah dengan mempelajari ilmu tentang produk dan perawatan yang dianjurkan oleh HPA. Beliau mengikuti Kursus Sijil Herbalis, Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) dan Kursus Pengubatan Jawi (KPJ). Ibu muda kepada dua orang anak ini berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Undang-Undang dari UITM. Beliau tekad untuk berjuang bersama suami dalam bahtera HPA.
Sebagai suri rumah sepenuh masa selepas bergelar siswazah, PJS Suhaiza tidak ke mana. Beliau hanya menjadi ‘Cikgu’ Bahasa Inggeris kepada anak-anaknya di rumah.


Bersama rakan seperjuangan PJ Rahmah dan Miss HPA



Atas rasa tanggungjawab, PJS Suhaiza telah berguru dengan PJM Sharifah Sulaiman(Kak Pah) di Sungai Petani dalam usaha beliau mendalami kepakaran dalam Diagnos Penyakit Melalui Saraf Taapak Tangan. Kak Pah merupakan idola beliau. Kesungguhan yang ditunjukkan menyebabkan PJS Suhaiza mewarisi sifat dan sikap seperti Kak Pah. Akhirnya segala ilmu yang diperturunkan oleh Kak Pah kepadanya berjaya dipraktikkan dalam program-program HPA.



Pasangan ideal yang mencipta sejarah gemilang bersama HPA



Tidak hairanlah, banyak sifat Kak Pah tumpah kepada PJS Suhaiza terutama dalam Program PBC slot Saraf Tapak Tangan seolah-olah Kak pah sendiri yang berikan. Cara tutur kata, madah bicara, santun bahasa serta semuanya mirip Kak Pah. Peserta sangat senang dengan alunan bahasa sebegini yang mudah difahami dan diteladani. Ada roh dan bisikan kalbu dalam penyampaian sehingga mereka yang mendengarnya menggelar PJS Suhaiza adalah klon Kak Pah atau “Kak Pah No.2”.

Bersama rangkaian di Pasir Gudang Johor



Akhirnya, dengan ilmu, santun bahasa dan tinggi akal budi dalam berbicara dan berkomunikasi menjadikan PJS Suhaiza Berjaya membina rangkaian dalam perniagaannya. Sepanjang hampir 3 tahun bersama HPA, PJS Suhaiza berjaya meletakkan namanya di antara muslimah hebat di Zon Utara. Kehebatan ini bukan sahaja terlihat kepada bonus yang diperolehinya, tetapi juga kepada kehebatan akhlak dan kesabaran serta kesantunan bahasa dalam mendidik insan lain untuk menjadi manusia sejajar dengan tuntutan agama dalam membina ketamadunan perniagaan berlandaskan Islam.



Ends.........

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU