Sebahagian pengedar kyusuk mendengar ceramah yang disampaikan
Suatu ketika dahulu negeri ini merupakan pusat pentabdiran Kerajaan Melaka yang berkuasa hingga ke Siam. Kelahiran pahlawan Melayu juga menjadi kayu ukur bahawa orang-orang Melaka sememangnya mempunyai semangat juang yang kental dan tidak akan luntur dengan ujian dan cabaran. Lagi pun sejarah kegemilangan Islam dan perjuangannya juga banyak tercatat dalam sejarah perjuangan Kerajaan Melaka.
Atas dasar menyahut cabaran dan laungan Islam, maka PJS Syed Ageel, PJS Salehudin, PJ Ustaz Yusof Ahmad dan PR Mohd Sidek Mohd Shariff telah mengorak langkah meniti arus perjuangan bersama HPA menggempur Melaka.
Kali ini ketiga-tiga tokoh ini mengadakan Kelas Mingguan di HPA Cawangan Semabok, Melaka. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah PJ Rahmah Rahmat (Pengerusi CRC Pasir Gudang), PJS Fauziah Abu Samah dan beberapa pemimpin hebat dari Melaka.Kelas yang berlangsung dari jam 9 - 11 malam itu telah dihadiri seramai 65 ahli. Kebanyakkannya adalah pengedar baru.
Slot yang berupa motivasi niaga dan sejarah perjuangan HPA telah disampaikan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Tahniah buat PJS KPU..
Ends....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.