Wednesday, July 22, 2009

BEKAM - MUKJIZAT PERUBATAN


Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi :


Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisro'kan, kecuali mereka berkata,
"Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam!"

(Shohihul Jami' : 5671)


"Ya Allah jika keredhaanMu ada dengan
ikhtiar bekam yang kami laksanakan,
mudahkanlah ia bagi kami..."


Bersempena bulan Rejab yang mulia, Pusat Perubatan Jawi Nurussyifak (PPJN) telah berinisiatif menganjurkan Kursus Bekam (asas) siri 2/2009 di HPA Cawangan Kulim (Taman Nenas).

Pengenalan kepada senaman pernafasan

Kursus yang telah menghimpunkan 13 peserta lelaki dan 3 peserta wanita pada 18.7.2009/25.7.1430 (sabtu) ini dikendalikan sepenuhnya dua penceramah yang cukup berpengalaman di dalam bidang perawatan iaitu Ustaz Sabri bin Ahmad (Penasihat PPJN) dan Ustaz Mohd Nizam bin Mt Isa (Pengerusi PPJN). Turut sama membantu adalah 7 fasilitator lelaki dan 4 fasilitator wanita yang masing-masing telah berjaya ditauliahkan sebagai Perawat serta Pelatih PPJN setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan PPJN.

Barisan peserta lelaki bersama Perawat PPJN

Barisan peserta wanita bersama Perawat PPJN

Encik Maaz bin Sulaiman dari Negeri Sembilan yang merupakan peserta paling veteran berpuas hati dengan modul yang telah disampaikan iaitu, 1. Inilah Pandangan Kami, 2. at-Thibbun Nabawi, 3. Bekam Sunnah (al Hijamah). Puan Faezah binti Daud (graduan Herbalis-16) juga berasa jauh lebih yakin untuk melaksanakan Bekam Sunnah setelah sessi praktikal diselesaikan di bawah pemantauan intensif para fasilitator muslimat PPJN.

Asas pembetulan tulang belakang diajar
sebagai mukaddimah rawatan

Banyak persoalan berhubung bekam turut disyarahkan antaranya titik-titik sunnah, bekam ketika berpuasa dan berihrom, hari-hari terbaik berbekam, penyembuhan racun dan sihir melalui bekam, serta upah juru bekam. Selain itu, kemahiran-kemahiran asas seorang pembekam diajar secara teliti seperti persiapan diri perawat, penjagaan peralatan bekam, pengendalian sisa bekam (jarum lancet, darah dsb) dan sinergi herba untuk pesakit.

Ustaz Mohd Nizam (Pengerusi)

Ustaz Sabri (Penasihat) dan Azham Affif (Pengarah Program)

Penggerak utama PPJN

Semoga usaha kecil PPJN ini sentiasa diredhai Allah SWT dan hasrat untuk Kembali Mewarisi dan Membudayakan Perubatan Cara Nabi SAW berjaya direalisasikan, insyaAllah. Pihak penganjur merakamkan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk menjayakan kursus ini khususnya kepada Pengurus HPA Cawangan Kulim dan staf-stafnya, para Penceramah, Fasilitator serta Peserta.

Peserta menerima Sijil Penyertaan
(Mohd Shaiful Zakirin, al Hafiz)

Cara memasang dan melaraskan jarum lancet dengan betul

"Hendaklah kalian semua melakukan pengubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari 72 penyakit," (Riwayat at Thobrani)


wallahu a'lam.

http://ppjn.radix2u.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU