Wednesday, November 25, 2009

KOMUNITI KOTA SARANG SEMUT ANJUR PERADUAN MEWARNA

Laporan Oleh :Ustaz Yusri Yusoff

SELASA 24 NOVEMBER 2009 mencatatkan kenangan manis buat Urusetia Khas KPU Cawangan Kota Sarang Semut yang berjaya menganjurkan Peraduan Mewarna bagi membuka tirai musim cuti persekolahan pada tahun ini.Jangkaan peserta pada mulanya hanyalah sekitar 20 orang sahaja namun sewaktu pendaftaran pagi ini meja urusetia menggejutkan apabila menerima kehadiran 59 orang peserta.

Peraduan Mewarna ini merupakan sebahagian daripada Program Mesra Masyarakat komuniti Caw kota yang bertujuan untuk mendekatkan masyarakat tempatan dengan cawangan HPA Kota Sarang Semut.Dalam erti kata lain,PRESMA ini adalah untuk memasyarakatkan cawangan.Pihak Urusetia Khas KPU Kota Sarang Semut mendapati kelas mingguan di sini banyak dibantu dengan kehadiran ahli HPA dari Pendang,Guar Chempedak dan Alor Setar.Namun kehadiran masyarakat setempat kurang menggalakkan.Justeru,PRESMA dengan beberapa agenda tahunan yang telah disusun khas diharap menjadi pemangkin kepada keberkesanan kehadiran kelas mingguan oleh penduduk setempat.

Disamping peraduan mewarna,kuiz celik HPA yang turut di pertandingkan juga memeranjatkan pihak urusetia apabila para peserta yang berumur diantara tiga hingga 11 tahun mampu menyebut produk-produk HPA dengan baik.

Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang berjaya dalam pertandingan mewarna kali ini.

Kategori 7-8 Tahun :
Tempat Pertama : NUR IZZATI ZULHAIDI 8 TAHUN
Tempat Kedua : RUKIAH NAJWA 7 TAHUN
Tempat Ketiga : MOHD HERIB HALIM 8 TAHUN
Kategori 9-11 Tahun:
Tempat Pertama : NAJATUL NISA' MOHAMAD 11 TAHUN
Tempat Kedua : NOR ALAINA HASSANAH ABU BAKAR 11 TAHUN
Tempat Ketiga : UMAIR FAHMI AIMAN 10 TAHUN

Kategori 3-6 Tahun:
Tempat Pertama : MOHAMAD DANISH MUDZAFAR 6 TAHUN
Tempat Kedua : NUR DANIM BT MUDZAFAR 5 TAHUN
Tempat Ketiga : M NAJMUDDIN SOFI 6 TAHUN


Majlis diserikan lagi dengan pengisian ilmu bertajuk Pemakanan Kesihatan Minda yang telah disampaikan oleh PJS Mudzafar Aliyasak.Beliau banyak memberi penekanan kepada produk-produk HPA yang meningkatkan kekuatan minda secara tradisional.

Menurut Pengarah PRESMA kali ini; saudara Azizan Ahmad, peraduan seperti ini mungkin akan dijadikan program tahunan untuk Cawangan Kota.Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua urusetia,peserta,ibu-bapa yang hadir,Pengurus dan staf-staf HPA Cawangan Kota Sarang Semut yang bertungkus-lumus menjayakan PRESMA November 09.Juga sekalung penghargaan buat pelukis untuk peraduan mewarna kali ini iaitu saudara Azahari.

Peraduan Teka Jumlah Kismis Minda untuk ibu-bapa yang hadir pula dimenangi oleh Puan Rohmah Awang. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa oleh Ustaz Yusri Yusof pada Jam 12.30 Tengah Hari.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU