Thursday, November 12, 2009

HULURKAN SUMBANGAN UNTUK UBATI DERITA SAHABAT

Mungkin ada yang sudah menerima khabar ini dan mungkin juga ada yang belum. Muhammad Kamal Ismail adalah staff saya di bahagian pemasaran. Musibah yang tidak di jangka menimpa anak perempuan beliau Najihah (5 tahun) yang kini terlantar di Hospital Besar, Kangar akibat pendarahan otak dah hampir sebulan.

Baru-baru ini Najihah telah menjalani pembedahan di bahagian tengkorak kepala bagi membuang pendarahan beku. Namun masih belum berhasil dan akan di pindahkan ke Hospital Besar Penang dalam waktu terdekat.

Hulurkan sumbangan sebagai tanda simpati dan mohon doakan kesejahteraan mereka.

Kelihatan Muhamad Kamal sedang mendukung anaknya, Najihah semasa Pelancaran Plan Pemasaran Baru HPA di Hotel KL International pada tahun 2005.

Sumbangan boleh di online terus ke akaun beliau
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KANGAR
09 010 02 0116634
MUHAMAD KAMAL ISMAIL

Kepada semua ahli, pengedar dan pemimpin HPA, sama-sama kita Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban.. semoga adik Najihah akan beroleh kesembuhan InsyaAllah..

Ends....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU