Kepada SEMUA ANGGOTA KOPERASI WAHIDA HPA BHD., PENGURUSAN ZON AL WAHIDA MARKETING SDN. BHD., dan SEMUA CAWANGAN AL WAHIDA MARKETING SDN.BHD.
Berkuatkuasa pada 1 Disember 2009 sehingga 31 Disember 2009 semua urusan berkaitan:
i ) Pendaftaran keanggotaan Koperasi Wahida HPA Berhad ( pelaburan baru ) ii ) Penambahan pelaburan
• Adalahditutup sementara waktu bagi tujuan pengurusan audit. Segala informasi berkaitan pelaburan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, diharapkan pihak cawangan dapat memaklumkan kepada semua anggota dan memberikan kerjasama berhubung dengan perkara di atas. Kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
Masih boleh menjalankan tugas walaupun menutup aurat.
Polis wanita Iran nampak lebih hebat dengan pakaian seperti ini. Allah akan mencampakkan rasa gerun pada hati musuh apabila kita mengikut perintahnya, fikir-fikirkanlah.......
Agaknya bila wanita Malaysia boleh berpakaian sukan seperti mereka.
Wanita Islam sesungguhnya sangat hebat.
Peliharalah Aurat mu wahai muslimah.......
Mereka kelihatan lebih sopan, bukalah hati wahai rakyat Malaysia yang masih mengagungkan kehebatan yang datang dari barat. Lihatlah dan ambil pengajaran yang diajar oleh Rasulullah.
Sesungguhnya kita (umat islam) merupakan umat yang tinggi, itu pun sekiranya kita benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
KEPADA SEMUA PJS KPU, DIMAKLUMKAN BAHAWA KOMUNITI SG PETANI AKAN MENGADAKAN HIMPUNAN SEMULA SEMUA PEMIMPIN KPU YANG PERNAH AKTIF DI ZON SUNGAI PETANI DAN GUAR CHEMPEDAK SEPERTI BERIKUT:
TARIKH: 1 HB DISEMBER 2009
MASA : 8.00 MALAM-11.00 MLM
TEMPAT :DEWAN OMAR MOKHTAR, RFC LAGENDA HEIGHTS
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA
SEMUA PJS DIMINTA MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA AHLI-AHLI RANGKAIAN DI BAWAH ANDA YANG PERNAH MENGIKUTI PROGRAM KEPIMPINAN KPU GEN 1 HINGGA GEN 6.(TERMASUK MEREKA YANG SUDAH TIDAK AKTIF)
PIHAK KAMI AKAN MEMBERIKAN PELUANG SEMULA KEPADA SEMUA MEREKA YANG PERNAH TERLIBAT TERMASUK PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG PERNAH DIGUGURKAN SEBELUM INI.
AKTIVITI KPU / PEMBENTUKAN KOMUNITI KPU/ PAKEJ YANG DITAWARKAN
KEPADA SEMUA PEMIMPIN/PERANCANGAN KELAS MINGGUAN KOMUNITI
:OLEH PENASIHAT KOMUNITI SG PETANI/GUAR CHEMPEDAK
PJS UST MOHD ZAHIR BIN GHAZALI
MANA-MANA PEMIMPIN GEN 1-GEN 6 YANG HADIR AKAN DISENARAIKAN SEBAGAI PEMIMPIN KOMUNITI SUNGAI PETANI/GUAR CHEMPEDAK MANAKALA MEREKA YANG TIDAK HADIR TANPA SEBAB DAN MAKLUMAN AKAN TERCICIR.
Kebiasaannya PBC diadakan di hotel-hotel mewaah bertaraf 3 bintang, atau di rumah-rumah rehat kawasan tanah tinggi yang sejuk dan nyaman dengan tiupan angin bukit dan kicauan burung dan unggas rimba.
Namun atas kreativiti dan minda baru yang lebih dinamik yang dipamerkan oleh beberapa pemimpin KPU di Pulau Pinang telah berjaya merealisasikan satu keunikan PBC yang di adakan di kawasan pantai dengan tiupan bayu laut. Suasana yang sungguh menarik, penuh kreativiti dan menyegarkan semua peserta yang hadir.
PBC Teluk Tempoyak Resort Penang telah berlangsung dengan jayanya pada 21 & 22 Nov 2009 dengan kehadiran 45 orang peserta. Selain berlangsung di tengah laut, peserta disajikan dengan makanan laut yang segar, enak dan sunggup mempersonakan. Pihak urusetia terpaksa menghadkan penyertaan setakat 45 orang saja untuk keselesaan walaupun jumlah peserta yang memohon hadir mencecah hampir 75 orang .
InsyaAllah yang mana berasa kecewa kerana tidak dapat ikuti PBC kali ini akan berpeluang bersama PBC Teluk Tempoyak pada Januari 2010 .
Antara pemimpin-pemimpin KPU yang hadir ialah PJS sabri ahmad ( Produk Pilihan ) PJS Utz zaidon abd rahman ( 6M ) PJS Faizal azmi ( Plan Pemasaran ) PJS Pn. Suhaiza Rusli ( Dignos Saraf ) disamping pemimpin pelapis KPU PJ Shaik mohd noor ( Kenali syarikat ) dan PJ Utz shamizam ibrahim ( Halal Haram )
Menurut Pengarah Program PJS Abdul Jalil Zainol PBC Teluk Tempoyak telah berjaya menampilkan barisan pemimpin pelapis dari Kelab Pemimpin Utara.PBC Teluk Tempoyak pastinya menjadi kenangan yang tidak akan dapat dilupakan oleh setiap peserta. Kerjasama yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin baru yang lahir di Pulau Mutiara menjanjikan bahawa Pulau Pinang akan terus maju dan berjaya dengan perniagaan HPA.
Syabas kepada semua pemimpin dan peneraju PBC Teluk Tempoyak
"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin"
Jika perlu marah, marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar; jika perlu menangis, menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang; jika perlu patuh, patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan.
Jika mahu miskin, miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi kufur; kalau mahu kaya, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah; jika mahu menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai terlupa keperluan dunia.
Kalau mahu sebuah kereta mewah, belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa; kalau mahu dua buah rumah, belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas; kalau mahu menimbun harta, bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah.
Kalau mahu berhibur, berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat; kalau mahu memperkatakan hal orang, berkatalah asal jangan sampai mengumpat; kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda pun berusaha kuat sepertinya.
Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara. Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis; orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau; orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak berdaya.
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta; binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia; binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.
Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya bersederhana dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan di jalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.
Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.
Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan."
Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin; menyimpan harta jangan sampai digelar si bakhil, beribadah jangan sampai semakin jahil.
Kata sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut."
Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.
Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya.
MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI KOWAHIDA PADA 24 NOV 2009 DI KLUANG, JOHOR
Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi kali ke-10 telah di adakan di Dewan Nuruddin Fahmey milik HPA di tengah-tengah bandar KLUANG. Mesyuarat bermula pada jam 9 pagi dan berakhir 1 petang yang telah dipengerusikan oleh En. Faisol Abdul Rahman
SELASA 24 NOVEMBER 2009 mencatatkan kenangan manis buat Urusetia Khas KPU Cawangan Kota Sarang Semut yang berjaya menganjurkan Peraduan Mewarna bagi membuka tirai musim cuti persekolahan pada tahun ini.Jangkaan peserta pada mulanya hanyalah sekitar 20 orang sahaja namun sewaktu pendaftaran pagi ini meja urusetia menggejutkan apabila menerima kehadiran 59 orang peserta.
Peraduan Mewarna ini merupakan sebahagian daripada Program Mesra Masyarakat komuniti Caw kota yang bertujuan untuk mendekatkan masyarakat tempatan dengan cawangan HPA Kota Sarang Semut.Dalam erti kata lain,PRESMA ini adalah untuk memasyarakatkan cawangan.Pihak Urusetia Khas KPU Kota Sarang Semut mendapati kelas mingguan di sini banyak dibantu dengan kehadiran ahli HPA dari Pendang,Guar Chempedak dan Alor Setar.Namun kehadiran masyarakat setempat kurang menggalakkan.Justeru,PRESMA dengan beberapa agenda tahunan yang telah disusun khas diharap menjadi pemangkin kepada keberkesanan kehadiran kelas mingguan oleh penduduk setempat.
Disamping peraduan mewarna,kuiz celik HPA yang turut di pertandingkan juga memeranjatkan pihak urusetia apabila para peserta yang berumur diantara tiga hingga 11 tahun mampu menyebut produk-produk HPA dengan baik.
Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang berjaya dalam pertandingan mewarna kali ini.
Kategori 7-8 Tahun :
Tempat Pertama : NUR IZZATI ZULHAIDI 8 TAHUN Tempat Kedua : RUKIAH NAJWA 7 TAHUN Tempat Ketiga : MOHD HERIB HALIM 8 TAHUN
Kategori 9-11 Tahun:
Tempat Pertama : NAJATUL NISA' MOHAMAD 11 TAHUN Tempat Kedua : NOR ALAINA HASSANAH ABU BAKAR 11 TAHUN Tempat Ketiga : UMAIR FAHMI AIMAN 10 TAHUN
Kategori 3-6 Tahun:
Tempat Pertama : MOHAMAD DANISH MUDZAFAR 6 TAHUN Tempat Kedua : NUR DANIM BT MUDZAFAR 5 TAHUN Tempat Ketiga : M NAJMUDDIN SOFI 6 TAHUN
Majlis diserikan lagi dengan pengisian ilmu bertajuk Pemakanan Kesihatan Minda yang telah disampaikan oleh PJS Mudzafar Aliyasak.Beliau banyak memberi penekanan kepada produk-produk HPA yang meningkatkan kekuatan minda secara tradisional.
Menurut Pengarah PRESMA kali ini; saudara Azizan Ahmad, peraduan seperti ini mungkin akan dijadikan program tahunan untuk Cawangan Kota.Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua urusetia,peserta,ibu-bapa yang hadir,Pengurus dan staf-staf HPA Cawangan Kota Sarang Semut yang bertungkus-lumus menjayakan PRESMA November 09.Juga sekalung penghargaan buat pelukis untuk peraduan mewarna kali ini iaitu saudara Azahari.
Peraduan Teka Jumlah Kismis Minda untuk ibu-bapa yang hadir pula dimenangi oleh Puan Rohmah Awang. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa oleh Ustaz Yusri Yusof pada Jam 12.30 Tengah Hari.
Lima orang PJS akan mewakili KPU ke Mesyuarat Tribunal Kebangsaan yang akan diadakan pada 03 Disember 2009 (Khamis) di HPA Cawangan Amanjaya, Sungai Petani Kedah.
Mereka ialah:
1. PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali - Timbalan Presiden Tribunal KPU 2. PJS Ismail Othman - Setiausaha Tribunal KPU 3. PJS Sharifah Binti Sulaiman 4. PJS Mohd Nadzri Bin Ahmad 5. PJS Syed Ageel Syed Mahayadin - Setiausaha KPU.
Mesyuarat yang akan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang itu juga akan dihadiri oleh 5 orang wakil dari semua kelab HPA seperti KPA, KPT, KPS, Kelab dari Borneo (Sabah dan Sarawak).
Sesiapa yang ingin menginap pada malam sebelum program sila berhubung segera En Hidzir pada no hp 0194155717 .
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT yang telah mengizinkan KOWAHIDA untuk mengadakan majlis taklimat di Dewan Nuruddin Fahmey milik HPA di tengah-tengah bandar KLUANG.
Tahniah kepada pemimpin-pemimpin HPA di JOHOR khususnya PJS Rahmat Daim, PJS Shafie, PJS Rosjulila yang telah berusha keras dan telah dapat mengumpulkan hampir 200 orang untuk majlis taklimat yang penting ini.
Majlis taklimat kali ini telah dikendalikan dengan baiknya oleh PJS Ismail Othman; salah seorang Ahli Lembaga KOWAHIDA yang aktif di utara tanahair selaku pengerusi majlis.
Majlis taklimat telah dibuka dengan bacaan ummul kitab dan dimulakan dengan penerangan ringkas dari Ahli Lembaga KOWAHIDA Encik Hj Fisal Ahmad Tajudin yang mengganti Pengerusi KOWAHIDA yang tidak dapat hadir kerana kurang sihat. PJS Hafidzan Faudzi yang baru balik dari negeri di bawah bayu; SABAH telah diberikan amanah untuk memberikan taklimat utama kepada semua yang hadir. Beliau telah menerangkan tentang sejarah penubuhan KOWAHIDA beserta VISI dan MISI-nya dan hubungkaitnya yang rapat dengan HPA itu sendiri sebagai nadi penggerak untuk masa depan yang lebih maju dan berdaya saing, INSYALLAH.
Di akhir sessi taklimat, para peserta majlis telah diberikan peluang untuk mengemukakan beberapa soalan tentang KOWAHIDA dan telah dijawab oleh beberapa Ahli Lembaga dengan memuaskan hati mereka yang hadir.
Tahniah kepada semua Ahli Lembaga KOWAHIDA di bawah pimpinan pengerusi nya Encik Faisol Abdul Rahman merangkap GM Al Wahida Marketing Sdn Bhd; yang telah dapat membawa satu perubahan yang lebih baik dan mantap dalam segi pengurusan KOWAHIDA hingga ke tahap yang ada masakini.
TERUS MAJU BERSAMA KOWAHIDA UNTUK MASA DEPAN UMMAH YANG LEBIH CERAH.
Tarikh : 19 & 20 Disember 2009 Tempat : Dewan Sungai Petani, Kedah Yuran : RM 200 Sila bank in terus ke BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) No Akaun : 02020010058744 Atas nama : Mutiara Hikmah
Sila faks slip bank sebagai bukti bayaran tersebut : Faks : 04-4419254
Sebarang pertanyaan mengenai PIC bolehlah menghubungi Cik Norasyikin (019-6330727) & Cik Azira (019-4548727)
Sila KLIK untuk menyemak senarai ahli jawatankuasa PIC Sila KLIK untuk download tentatif program PIC
KIRI: Bayi lelaki gergasi seberat 6.15kg yang dilahirkan seorang ibu, Aisha Bee Yasin di Pekan Lama Kampung Baru, Changlun kelmarin.
BUAH kedondong
CHANGLUN - Percaya atau tidak, dengan mengamalkan memakan buah kedondong setiap hari sewaktu mengandung, seseorang ibu mungkin melahirkan bayi dengan berat yang luar biasa.
Itulah apa yang berlaku ke atas Aisha Bee Yasin, 35, yang melahirkan bayi seberat 6.15 kilogram (kg) kelmarin.
Bayi lelaki yang dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di sini pada pukul 1.15 pagi itu dipercayai antara bayi terbesar pernah dilahirkan di Malaysia.
Aisha Bee yang berasal dari Air Hitam, Pulau Pinang bukan setakat menjamah sebiji buah kedondong. Setiap hari dia memakan sekilogram kedondong selain memakan dua kuntum bunga ros merah bermula daribulan kedua kehamilan.
"Saya tidak makan nasi kecuali nasi lemak. Selain kedondong dan bunga ros, saya makan roti dan minum susu. Adakalanya saya menjamah laksa atau tosai.
"Rutin saya setiap hari ialah makan kedondong dan bunga ros. Ahli keluarga lain tidak boleh sentuh buah itu, saya seorang sahaja yang makan," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Pekan Lama, Kampung Baru di sini semalam.
Aisha Bee, seorang suri rumah, memberitahu, sebelum ini sepanjang mengandung empat anaknya yang lain, dia mengidamkan timun dan lobak tetapi kali ini makanan itu langsung tidak disentuh.
Katanya, bunga ros mudah dibelinya di sekitar Changlun tetapi buah kedondong terpaksa dibeli oleh suaminya, Mohd. Ali Khan Razali, 41, di Alor Setar dan Pulau Pinang.
Tambahnya, mengikut sejarah, keluarganya tidak pernah melahirkan bayi sebesar itu kecuali anak keempatnya, Nur Hasyimah yang seberat 5kg ketika dilahirkan.
PBC Sik akan diadakan pada 30 November dan 01 Disember 2009 di SIK INN, SIK Kedah. Penyertaan masih terbuka kepada semua pemimpin dan pengedar HPA seluruh negara. Beberapa PJS dari KPU akan mengisi slot dalam PBC tersebut.
PJS Zanbli Abd Rashid (Kenali HPA), PJS Syed Ageel (Plan Pemasaran 5 Angka HPA), PJS Maznah Derani (Gerak Kerja 6M)<>
Untuk maklumat dan keterangan lanjut serta pendaftaran, sila hubungi PJ Ridzuan Abd Razak di talian 019-4773212.
Sukacita dimaklumkan bahawa PBC yang sepatutnya diadakan di Sabak Bernam akan berpindah ke HOTEL HPA EL-ZAHRA INN Sungai Petani pada 11 dan 12 DISEMBER 2009.
Menurut Pengarah PBC, PJS Abdul Razak (Polis) bebrapa PJS dari KPU akan mengisi slot dalam PBC tersebut. Antaranya PJS Syed Salahuddin (Kenali HPA), PJS Mohd Aseri Hanapiah (Plan Pemasaran 5 Angka HPA), PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali (Gerak Kerja 6M), PJS Jamaliah Omar (Saraf Tapak Tangan), PJS Ustaz Zaidon (Halal dan Haram), PJS Ust Zamri Jusoh, PJS Asnah Mustafa, PJS Sabri Ahmad dan PJS Ustaz Helmi (Bersama Pemimpin)
Kepada yang berminat, bolehlah mendaftar mulai sekarang dengan terus menghubungi PJS Abdul Razak di talian 019-5720102.
Untuk makluman semua adik Nurnajhah kamal kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang ( wad kanak-kanak) .Semasa PJS Abdul Jalil Zainol dan isteri membuat lawatan adik Nurnajhah dalam keadaan stabil dibawah pemantauan Pakar Hospital P.Pinang.
Sama-samalah kita seluruh warga HPA mendoakan semuga adik nurnajhah cepat sembuh.Buat sdr Kamal dan keluarga diharap bersabar diatas ujian ini.Hulurkan sumbangan anda untuk adik Nurnajhah......
TS Hotel Pasir Gudang akan digegarkan lagi dengan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) anjuran CRC pada 5 dan 6 Disember 2009. Pendaftaran dibuka kepada semua ahli HPA dan jaringan. Sila hubungi Puan Rahmah di talian 017-7449892 atau PJS Syed Ageel di talian 013-4882778 atau ke PJE Khalid Salim 012-7560331.
Dapatkan perkongsian ilmu bersama para pembentang yang kami bawa sebagai pembuka jalan ke arah usahawan HPA yang berjaya.
Diantara para pembentang yang akan turut serta:
PJM Syed Ageel - Slot Bersama Pemimpin
PJM Rosmandi Ishak - Slot Halal Haram
PJM Nor Zawiyah - Slot Mendiagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan
PJS Roslina Hashim - Slot 6M
PJE Khalid Salim - Slot Pengenalan Syarikat
PJS Ustaz Safuan - Slot Radix Satu Pilihan dan pengetahuan produk
Dr Abdul Rais Haji Abu Bakar - Slot Qiamulail dan Kuliah Subuh.