Wednesday, February 25, 2009

RADIX CHICKEN RICE BUKAN MILIK HPA

Terlalu banyak pertanyaan daripada pengedar berhubung status Radix Chicken Rice (RCR) yang beroperasi berdekatan HPA Cawangan Amanjaya, Sungai Petani. Ada yang menelefon bertanya akan kesahihan premis tersebut. Mereka mahu tahu apakah RCR itu adalah milik penuh HPA sebagaimana RFC, ROR dan ROC.

Dalam kesempatan ini, suka saya maklumkan bahawa Radix Chicken Rice (RCR) sebenarnya BUKAN MILIK HPA. Pemilik premis tersebut telah menggunakan perkataan RADIX, warna, pakaian pekerja dan 'setting' seperti HPA. Semua pemimpin, pengedar dan ahli-ahli HPA perlu menyampaikan maklumat ini dengan jelas kepada masyarakat supaya tidak berlaku kekeliruan yang boleh mendatangkan salah tanggapan dan menjejaskan perjalanan perniagaan HPA.

Premis milik HPA hanyalah yang ada LOGO HPA sahaja. Kalau tidak ada logo HPA dan menggunakan perkataan RADIX, maka itu bukan premis milik HPA. Ia adalah milik persendirian yang juga ahli HPA dan mendapat kebenaran HPA untuk menggunakan perkataan "RADIX".

Saya difahamkan pemilik RCR adalah dari kalangan pemimpin HPA juga. Beliau menggunakan 100% barangan dan bahan mentah yang dibekalkan oleh HPA. Ini termasuklah Ayam Organik HPA, semua jenis minuman HPA dan lain-lain barangan lagi.

Ends.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU