Sekiranya ada di kalangan mereka yang bertanya, "Siapakah sahabat dalam HPA paling ikhlas jiwanya dan luhur budinya", sudah pasti jawapannya adalah Pak Kusnadi. Itulah antara gambaran yang dapat dicoretkan bagi menggambarkan akan keluhuran dan keikhlasan hati seorang insan.
Kehilangannya amat terasa. Kalau dulu, beliau sering datang berkunjung ke daerah ini dengan senyuman dan tawa kecilan, mudah mesra, senang didekati, mudah berbicara dan berkongsi ilmu, namun kini segala-galanya tinggal kenangan yang amat manis dan sukar untuk dilupakan.
Jika ada yang bertanya, siapakah yang kental hati dan jiwanya dalam memperjuangkan HPA? Sudah pasti jawapannya juga adalah Pak Kusnadi. Semangat dan kekentalan jiwanya amat sukar ditandingi. Pak Kusandi sanggup berkorban apa sahaja demi HPA. Baginya HPA adalah perjuangan agama dan menjadi tanggungjawab muslim untuk bersama dalam bahtera ini.
Kali terkahir bertemunya ketika Pelancaran RFC Sungai Petani, hampir setahun yang lalu. Ketika itu kami sempat berbual dalam suasana yang sungguh mesra dan ukhuwah. Sempat juga ku pimpin tangannya untuk makan bersama di Restoran Munajat, Amanjaya. Waktu itu beliau kelihatan sangat uzur. Matanya sudah kabur dan perlukan bantuan sahabat. Ternampak keuzuran pada langkah dan tutur bicaranya. Agak perlahan mengatur kata dan perlu bantuan ketika menghayun langkah.
Kembalinya Pak Kusnadi mengadap Ilahi merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua. Semoga Allah SWT kasihkan beliau dan tempatkannya di kalangan hamba-hambaNya yang soleh. Bagi kita yang masih ada, teruskanlah perjuangan. Semangat Pak Kusnadi tetap tersemat dan berkobar di dalam jiwa kita......Yang pasti kita jua akan mengikut jejak langkahnya.......mengadap Ilahi Rabbul Jalil.......
Ends....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.