Saturday, February 28, 2009
HPA - "HARAPAN PALING AKHIR"
Hari ini, dunia mengalami kegawatan ekonomi yang cukup dahsyat. Penurunan nila mata wang antarabangsa mempengaruhi kadar keluaran negara-negara pengeksport. Negara kita juga tidak terlepas dari mala petaka ini. Ramai yang diberhentikan kerja. Dianggarkan menjelang pertengahan JUN 2009, hampir 2 juta lagi rakyat negara ini akan hilang pekerjaan.
Kemelut yang melanda ini bukanlah merupakan mala petaka baru. Tahun 1980an dulu juga kita pernah mengalami nasib yang sama. Namun cara berfikir dan bertindak masyarakat masih tidak berubah. Menganggur bermaksud tidak bekerja dengan kerajaan atau sesebuah syarikat. Itulah minda Melayu dari dulu sampai kini, masih tidak berubah. Tidak ramai yang mahu bekerja sendiri dan mengambil peluang yang ada di depan mata.
HPA adalah harapan baru kepada kemelut yang melanda. HPA menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang memahami perjuangan HPA dan benar-benar memerlukan sumber kewangan. Hari ini segala-galanya perlukan wang, walaupun wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan. Oleh itu rebutlah peluang ini untuk masa depan yang lebih gemilang. Bergabung dengan HPA hanya memerlukan yuran keahlian RM30 sekali seumur hidup.
Yakinlah bahawa HPA merupakan wadah benar dan betul dalam merealisasikan impian anda...
Ends......
Wednesday, February 25, 2009
RADIX CHICKEN RICE BUKAN MILIK HPA
Saya difahamkan pemilik RCR adalah dari kalangan pemimpin HPA juga. Beliau menggunakan 100% barangan dan bahan mentah yang dibekalkan oleh HPA. Ini termasuklah Ayam Organik HPA, semua jenis minuman HPA dan lain-lain barangan lagi.
Monday, February 23, 2009
SEMINAR MENGAPA HARUS BERSAMA HPA
6 MAC 2009 TEMPAT : HPA CAWANGAN KUALA TERENGGANU MASA : 9.00 MALAM 8 MAC 2009 TEMPAT : HPA CAWANGAN PASIR GUDANG MASA : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG BAYARAN: RM 3.00 SEORANG (jamuan ringan) 8 MAC 2009 MAJLIS PENERANGAN HPA TEMPAT : NO 60 JALAN PELANGI 8 TAMAN PELANGI, JEMENTAH. MASA : 8.30 MLM - 11.00 MLM Kepada semua ahli (KPU) HPA yang tinggal berdekatan & dijemput hadir. Manfaatkan segala peluang yang ada..HADIRKAN RANGKAIAN SERAMAI MUNGKIN...PERCUMA......................... Sebarang pertanyaan, rujuk Setiausaha KPU - PJS Syed Ageel di talian 013-4882778 |
KURSUS PEMANTAPAN STOKIS-STOKIS BARU KPU
Semua Stokis yang baru dilantik di Zon Utara dijemput hadir. Penerangan lengkap berhubung Stokis dan tanggungjawabnya akan disampaikan oleh Pengurus Besar MIS, Puan Rashidah Abdul Rahim. Kursus ini terhad untuk 50 stokis sahaja. Stokis yang mendaftar awal dialu-alukan. Yang daftar lewat tidak akan dilayan. Sebarang rayuan tidak akan diterima. Yuran pendaftaran sebanyak RM1 (Seringgit) dikenakan. Maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi PJS Mohd Zahir Ghazali di talian 012-4269003
ends.......
PAK KUSNADI : INSAN MULIA DALAM KENANGAN
Kehilangannya amat terasa. Kalau dulu, beliau sering datang berkunjung ke daerah ini dengan senyuman dan tawa kecilan, mudah mesra, senang didekati, mudah berbicara dan berkongsi ilmu, namun kini segala-galanya tinggal kenangan yang amat manis dan sukar untuk dilupakan.
Jika ada yang bertanya, siapakah yang kental hati dan jiwanya dalam memperjuangkan HPA? Sudah pasti jawapannya juga adalah Pak Kusnadi. Semangat dan kekentalan jiwanya amat sukar ditandingi. Pak Kusandi sanggup berkorban apa sahaja demi HPA. Baginya HPA adalah perjuangan agama dan menjadi tanggungjawab muslim untuk bersama dalam bahtera ini.
Kali terkahir bertemunya ketika Pelancaran RFC Sungai Petani, hampir setahun yang lalu. Ketika itu kami sempat berbual dalam suasana yang sungguh mesra dan ukhuwah. Sempat juga ku pimpin tangannya untuk makan bersama di Restoran Munajat, Amanjaya. Waktu itu beliau kelihatan sangat uzur. Matanya sudah kabur dan perlukan bantuan sahabat. Ternampak keuzuran pada langkah dan tutur bicaranya. Agak perlahan mengatur kata dan perlu bantuan ketika menghayun langkah.
Kembalinya Pak Kusnadi mengadap Ilahi merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua. Semoga Allah SWT kasihkan beliau dan tempatkannya di kalangan hamba-hambaNya yang soleh. Bagi kita yang masih ada, teruskanlah perjuangan. Semangat Pak Kusnadi tetap tersemat dan berkobar di dalam jiwa kita......Yang pasti kita jua akan mengikut jejak langkahnya.......mengadap Ilahi Rabbul Jalil.......
Ends....
Sunday, February 22, 2009
PJS KPU GEMPUR PBC SIK
Tiga Bersaudara ' Keluarga Hussain' yang menjadi peneraju utama PBC Sik
Saturday, February 21, 2009
KPU LEBARKAN JARINGAN PBC DI CAMERON HIGHLANDS
Tiga PJS KPU yang menjadi penggerak utama PBC Cameron Highlands
PAK KUSNADI KEMBALI KE RAHMATULLAH
Semoga Allah mengampunkan segala dosanya dan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diletakkan di kalangan hamba-hamba yang soleh...Amin
"Dari Allah Kita Datang dan Kepada-Nya jua Kita di kembalikan"
Ends.....
Thursday, February 19, 2009
PJS PERLU ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN
Semua Pengarah Jati Setia (PJS) KPU yang menjadikan HPA wadah ekonomi perlu istiqamah dalam perjuangan. Demikian dinyatakan oleh Pengurus Besar HPA, Mohd Faisol Abd Rahman.
Wednesday, February 18, 2009
KOWAHIDA HPA BUKA PELUANG PELABURAN
Sunday, February 15, 2009
KPU SEDIAKAN BAS KE PELANCARAN MLM SYARIAH HPA
Kepada PJS dan Pemimpin serta pengedar yang berminat hadir, bolehlah mendaftar SEGERA dengan PJS MOHD ZAHIR GHAZALI di talian 012-4269003. Bayaran dikenakan sebanyak RM75 termasuk tambang dan tiket masuk. Tempat TERHAD untuk 30 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat. Bas akan bertolak pada 8 MAC 2009, jam 12.00 malam dan pulang pada 09 MAC 2009, jam 6.00 petang.. Maklumat lanjut hubungi PJS MOHD ZAHIR GHAZALI.
Ends...
DOAKAN KESIHATAN PAK KUSNADI
Saturday, February 14, 2009
KEENAKAN ROR SUKAR DITANDINGI
Kita dapat mengenali penggunaan kiub yang tidak halal ini dengan melihat sup ayam tersebut mempunyai aroma yang kuat sedangkan kuahnya jernih.Ini berbeza dengan sup ayam asli di mana warna sup lebih gelap seperti yang di gunakan di ROR!
ROR terletak sebelah Hotel El Zahraa sebaris dengan RFC .
PBC TAIPING BERI PELUANG PEKERJAAN KEPADA PENDUDUK TEMPATAN
Program yang diadakan pada setiap bulan ini makin mendapat sambutan daripada pengedar-pengedar HPA terutama pengedar baru. Ini berlaku berikutan kegawatan ekonomi global yang menyebabkan banyak industri seperti pengilangan gulung tikar.
PELANCARAN MLM SYARIAH
Peserta dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM15 sahaja. Tempat adalah terhad. Pendaftaran boleh dibuat terus kepada En. Mohd Kamal di talian 013-4804717
Ends...
PBC PERTAMA DI JITRA MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN
PBC ini merupakan PBC yang pertama diadakan di Jitra sejak dilancarkan pada Disember 2005 yang lalu. Pengarah bersama PBC kali ini ialah PJS Syed Ageel dan PJS Salehudin Ramly. Selain itu beberapa PJS turut hadir bagi mengisi slot yang menjadi modul PBC.
Antara yang hadir ialah PJS Syarifah Sulaiman (Slot Saraf Tapak Tangan), PJS Sabri Ahmad (slot Radix Satu Pilihan), PJS Ustaz Kamal (slot Halal dan Haram), PJS Syed Ageel (Gerak Kerja 6M) dan PJ Ustaz Yusof Ahmad (slot Kenali Syarikat).
Ends...
Friday, February 13, 2009
JUALAN LOT UNTUK LABUR DALAM RFC TIDAK DIBENARKAN
Bagi mencukupkan modal satu juta misalnya mereka membuka lot-lot saham seperti RM50 ribu satu lot. Namun bagitu sesuatu yang perlu diingatkan bahawa individu atau syarikat tidak dibenarkan mengambil diposit kepada orang ramai kecuali dengan keizinan Bank Negara Malaysia (BNM).
Perkongsian dengan RFC bukan dengan kaedah itu tetapi dengan cara membuka Syarikat Sdn Bhd antara individu (Hj Ismail) dengan individu lain . Contuh RFC di Alor Setar dibuka dengan pendaftaran RFC Shahab Perdana SDN BHD dengan bermodalkan 80% dari Hj Ismail dan 20% daripada individu. 80% bernilai 4 juta sementara 20% bernilai sejuta.Namun bagitu keuntungan dibahagikan mengikut persetujuan bersama.
Pihak syarikat tidak menerima pelaburan berbentuk lot-lot yang diwujudkan dengan nilai tertentu kerana ini menyalahi peraturan BNM dan akan memberikan kesan negatif kepada HPA disuatu hari nanti.
Semua PJS sila ambil perhatian dan sampaikan maklumat ini dengan tepat dan betul.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Ustaz Adnan bahagian pentadbiran HPA.
Ends.........................sumber blog PU.
Thursday, February 12, 2009
PELABURAN KOWAHIDA HPA DITERUSKAN
Kowahida HPA kini membuka peluang BARU bersama Projek BARU kepada anda...
1. Perniagaan bersama RADIX INDUSTRIES SDN. BHD dan HPA FARM SDN. BHD. membekal barangan siap untuk diniagakan.
*DIVIDEN BARU YANG DICADANGKAN ADALAH DI ANTARA 10% - 14%
INSYALLAH...
*** PELABURAN HANYA BOLEH DIBUAT DI SEMUA PEJABAT AL WAHIDA (LEBIH 75 CAWANGAN) & PEJABAT KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD ***
Wednesday, February 11, 2009
CADANGAN PERMOHONAN PJS KPU
Semoga pihak HPA dapat mempertimbang dan meluluskan permohonan tersebut. Sehingga kini, KPU mempunyai seramai 53 orang PJS.
PERJUMPAAN PJS KPU DENGAN GM HPA
Tarikh : 16 FEBRUARI 2009 (Isnin)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Sg Petani.
Pakaian : Jaket Hitam KPU.
Semua PJS KPU dimestikan hadir. Sebarang keuzuran yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada Presiden KPU (PJS Azian Ahmad) dan Setiausaha KPU (PJS Syed Ageel).
Harap Maklum..
Ends.......
PENDAFTARAN KEAHLIAN BARU PERLUKAN SALINAN KAD PENGENALAN
Peraturan ini bertujuan untuk mengelakkan masalah teknikal berlaku terutama sekali kesilapan No Kad Pengenalan. Selain itu semua pemimpin terutama PJS hendaklah memaklumkan kepada semua ahli melalui PBC dan Perjumpaan Mingguan mengenai perubahan dan arahan ini.
Peraturan ini juga bertujuan untuk mengelakkan ahli-ahli mendaftar lebih dari sekali. Terdapat kecenderungan sesetengah pihak yang memalsukan No Kad Pengenalan terutama sekali untuk tujuan penajaan semula. Oleh yang demikian sebagai bukti permohonan, maka salinan Kad pengenalan diperlukan.
Menurut Pengurus Besar M.I.S, Puan Rashidah Abdul Rahim, walaupun peraturan ini telah dikuatkuasakan mulai JANUARI 2009, namun masih terdapat ahli-ahli dan pemimpin yang menghantar Borang Permohonan tanpa salinan Kad Pengenalan. Akibatnya borang tersebut tidak dapat diproses. Pihak M.I.S tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana borang permohonan yang tidak disertakan salinan Kad Pengenalan.
Ends..........
Tuesday, February 10, 2009
HPA PENYELAMAT UMMAH
Sebahagian tetamu yang hadir
Perasmian RFC Alor Setar oleh YAB MB Kedah
Kakitangan HPA yang bekerja keras siang dan malam
Sehingga kini HPA mempunyai seramai 1500 perkerja yang semuanya adalah pekerja Melayu bergama Islam. Dengan sasaran 150 cawangan dan pembukanaan pelbagai kilang di seluruh negara, HPA dijangka mampu menyediakan lebih banyak lagi peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan terutama mereka yang menganggur.
Suasana dalam RFC yang menarik dan mendamaikan
Perasmian RFC itu telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak dan dihadiri hampir 2000 jemputan dan pemimpin HPA dari seluruh negara.
Ends...
Sunday, February 8, 2009
KEHADIRAN DUA OKU PEMBAKAR SEMANGAT PBC KULIM
Kehadiran dua orang OKU membakar semangat para peserta
Menurut Pengarah PBC, Ku Azhar bin Ku Yahaya, program kali ini dihadiri beberapa pemimpin dari sekitar utara. Antaranya PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Noormah Zainol, PJS Ustazah Siham Hashim, PJS Zainudin Abdul, PJS Mohd Zamri Bakar, PJS Ustaz Mohd Ali Ismail, PJS Ismail Othman dan PJS Hasnah Mustafa.
Sebahagian PJS dan fasilitator yang membantu PBC Kulim
Selain itu PBC kali ini dibantu oleh beberapa fasilitator terlatih. Antara yang hadir PJ Hezri Ariffin, PJ Ustaz Shamizam, PJ Zabri Ahmad, PJ Ustazah Saliza, PJ Misbahah Mohd Idris, PJ Nor Aziah Alias, PJ Wan Haslina, PJ Fatimah Bt Hashim. PJ Zalilah Ghazali, PJ Adlina Adenan, PJ Rusmina Ibrahim dan beberapa orang lagi yang turut membantu.
Suasana Qiyamullail dan Kuliah Subuh di dataran Kulim Inn.
Ends......