Saturday, July 25, 2009

8 PJS KPU ANTARA TOP 20 YANG DINOBATKAN DI KONVEK'09

Seramai 8 orang Pengarah Jati Setia (PJS) dari Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah dinobatkan terbaik atau Top 20 HPA Malaysia dan menerima anugerah tertinggi sempena Konvensyen dan Konvokesyen HPA (KONVEK) 2009 yang diadakan pada 25 JULAI di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) Sedang, Selangor.


KONVEK pada kali ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Bin Ahmad dan dihadiri hampir 5000 ahli, pengedar dan pemimpin HPA dari seluruh negara dan juga Indonesia. Hadir sama isteri beliau Hajah Norhayati Haji Ahmad, Pengarah Urusan 2 Tuan Haji Fisal Ahmad Tajudin, Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, Encik Mohd Faisol Abdul Rahman dan beberapa orang Pengurus Besar yang lain.

Semua Top 20 menerima anugerah menunaikan Fardu Haji ke Mekah disamping hadiah iringan yang lain. Mereka ialah:

1. PJM Azizan Bin Ahmad
2. PJM Zaharah Mat Zain
3. PJM Sharifah Sulaiman
4. PJM Syed Ageel Syed Mahayadin
5. PJM Ustaz Mohd Zahir Ghazali
6. PJM Ismail Bin Othman
7. PJI Mohd Nazri Bin Ahmad
8. PJI Sabri Bin Ahmad

Selain anugerah utama, KONVEK pada kali ini juga turut memberi anugerah melancong ke JAKARTA dan BANDUNG Indonesia kepada 30 yang layak. Selain itu seramai 64 pemimpin dan pengedar HPA mendapat anugerah menunaikan umrah, 41 menerima anugerah melancong ke negara Asia Oceania (Australia) dan 21 menerima anugerah melancong ke Sepanyol (Andalusia).


Penghargaan juga diberikan kepada Pengarah Melati, Pengarah Meranti, Pengarah Jati, Pengarah Jati Emas, Pengarah Jati Intan dan Pengarah Jati Mahkota. Majlis diakhiri dengan anugerah kemuncak dan berprestij iaitu "Distributor of The Year" yang disampaikan kepada PJM Zaharah Mat Zain dan PJM Hafidzan Fauzi.


Wednesday, July 22, 2009

KOWAHIDA BUKA KAUNTER DI KONVEK 2009

Koperasi HPA Sdn Bhd (KOWAHIDA) akan membuka kaunter di KONVEK 2009. Semua ahli, pengedar dan pemimpin HPA bolehlah mengambil peluang ini untuk melabur. Seperti yang diumumkan oleh Pengerusi KOWAHIDA, Encik Mohd Faisol Abd. Rahman, KOWAHIDA mensasarkan dividen sebanyak 20% kepada pelabur pada tahun depan.....

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.......MELABURLAH SEBANYAK MUNGKIN......

Ends...

PENGARAH JATI MAHKOTA (PJM) DARI KPU DI KONVEK 2009


Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan daripada Admin blog KPU atas pencapaian tertinggi pemimpin-pemimpin HPA dari KPU yang bergelar PENGARAH JATI MAHKOTA (PJM).


1. PJM Puan Sharifah Sulaiman
2. PJM Puan Zaharah Mat Zain
3. PJM Ustaz Mohd Zahir Ghazali
4. PJM Syed Ageel Syed Mahayaddin
5. PJM Syed Salahuddin Syed Mahayaddin
6. PJM Puan Noreda Abd Hamid
7. PJM Ustaz Mohd Radzhi
8. PJM Abdul Razak Hussain
9. PJM Abdul Razak Ibrahim (Polis)
10. PJM Ismail Othman

Semua mereka merupakan Pengarah Jati Setia (PJS) yang dianugerah dan diktiraf oleh HPA. Jika tidak ada aral melintang, semua PJM ini akan hadir ke KONVEK 2009 dan jika ada rezeki mereka bakal menerima anugerah yang akan disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Bin Ahmad. Tahniah atas pengorbanan, pencapaian dan kejayaan yang membanggakan......

BEKAM - MUKJIZAT PERUBATAN


Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi :


Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisro'kan, kecuali mereka berkata,
"Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam!"

(Shohihul Jami' : 5671)


"Ya Allah jika keredhaanMu ada dengan
ikhtiar bekam yang kami laksanakan,
mudahkanlah ia bagi kami..."


Bersempena bulan Rejab yang mulia, Pusat Perubatan Jawi Nurussyifak (PPJN) telah berinisiatif menganjurkan Kursus Bekam (asas) siri 2/2009 di HPA Cawangan Kulim (Taman Nenas).

Pengenalan kepada senaman pernafasan

Kursus yang telah menghimpunkan 13 peserta lelaki dan 3 peserta wanita pada 18.7.2009/25.7.1430 (sabtu) ini dikendalikan sepenuhnya dua penceramah yang cukup berpengalaman di dalam bidang perawatan iaitu Ustaz Sabri bin Ahmad (Penasihat PPJN) dan Ustaz Mohd Nizam bin Mt Isa (Pengerusi PPJN). Turut sama membantu adalah 7 fasilitator lelaki dan 4 fasilitator wanita yang masing-masing telah berjaya ditauliahkan sebagai Perawat serta Pelatih PPJN setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan PPJN.

Barisan peserta lelaki bersama Perawat PPJN

Barisan peserta wanita bersama Perawat PPJN

Encik Maaz bin Sulaiman dari Negeri Sembilan yang merupakan peserta paling veteran berpuas hati dengan modul yang telah disampaikan iaitu, 1. Inilah Pandangan Kami, 2. at-Thibbun Nabawi, 3. Bekam Sunnah (al Hijamah). Puan Faezah binti Daud (graduan Herbalis-16) juga berasa jauh lebih yakin untuk melaksanakan Bekam Sunnah setelah sessi praktikal diselesaikan di bawah pemantauan intensif para fasilitator muslimat PPJN.

Asas pembetulan tulang belakang diajar
sebagai mukaddimah rawatan

Banyak persoalan berhubung bekam turut disyarahkan antaranya titik-titik sunnah, bekam ketika berpuasa dan berihrom, hari-hari terbaik berbekam, penyembuhan racun dan sihir melalui bekam, serta upah juru bekam. Selain itu, kemahiran-kemahiran asas seorang pembekam diajar secara teliti seperti persiapan diri perawat, penjagaan peralatan bekam, pengendalian sisa bekam (jarum lancet, darah dsb) dan sinergi herba untuk pesakit.

Ustaz Mohd Nizam (Pengerusi)

Ustaz Sabri (Penasihat) dan Azham Affif (Pengarah Program)

Penggerak utama PPJN

Semoga usaha kecil PPJN ini sentiasa diredhai Allah SWT dan hasrat untuk Kembali Mewarisi dan Membudayakan Perubatan Cara Nabi SAW berjaya direalisasikan, insyaAllah. Pihak penganjur merakamkan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk menjayakan kursus ini khususnya kepada Pengurus HPA Cawangan Kulim dan staf-stafnya, para Penceramah, Fasilitator serta Peserta.

Peserta menerima Sijil Penyertaan
(Mohd Shaiful Zakirin, al Hafiz)

Cara memasang dan melaraskan jarum lancet dengan betul

"Hendaklah kalian semua melakukan pengubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari 72 penyakit," (Riwayat at Thobrani)


wallahu a'lam.

http://ppjn.radix2u.com

Tuesday, July 21, 2009

ANUGERAH KONVEK 2009


PENGARAH-PENGARAH JATI YANG DISENARAIKAN UNTUK NAIK KE PENTAS UTAMA MENERIMA ANUGERAH KONVEK HPA 2009

Ends...

UMAT ISLAM TERUS DIRUNDUNG MALANG........

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.


Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.


Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.


Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.


Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?


Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.


Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.


Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!


Ends......sebuah catatan pengalaman RUDY

Monday, July 20, 2009

Aduan HPA online

Untuk sebarang aduan berhubung syarikat, produk dan seumpamanya, sila berhubung terus dengan webmaster HPA :

Lensa eKPU